Ole Gunnar Solskjaer menyatakan beliau langsung tidak kisah dan tak tertekan dengan pemecatan Pochettino di Spurs.
Ini kerana ada pihak mendakwa Pochettino bakal memberikan ancaman kepada jawatannya di Old Trafford.
Pochettino dipecat pada Selasa lalu dan digantikan dengan Jose Mourinho.
Namun begitu, Pochettino masih dianggap calon utama untuk menjadi pengurus di Man United.
Ole berkata: “Perkara itu langsung tak membimbangkan saya kerana sekarang saya sedang memiliki tugasan terbaik di dunia ini.”
“Dan saya percaya, jika kamu tiada jawatan ketika ini, pastinya kamu mengimpikan jawatan yang sedang saya pegang sekarang.”
“Tetapi saya tak begitu ambil pusing apa yang sedang berlaku.”
“Saya harus fokus kepada kerja saya di Man United, melakukannya sebaik yang mungkin.”
“Saya sudah bercakap dengan Ed Woodward, dan pemilik kelab tentang cara kami akan memajukan lagi kelab ini. Tiada apa yang berubah di sini walaupun kelab lain menukar pengurus mereka.”
“Saya tumpang gembira melihat Jose kembali, terutamanya kamu, pasti lebih gembira dan begitu juga saya.”
“Sebab lepas ini kamu boleh bercakap dan menulis benda lain. Dan untuk rakan saya Mauricio, saya sentiasa sedih melihat kawan dalam keadaan beliau ada sekarang ini.”
Ole gives his thoughts on his job security after Pochettino's sacking at Spurs. #mulive #mufc pic.twitter.com/YSQ5DOIqsF
— StretfordPaddock (@StretfordPaddck) November 22, 2019
“Beliau seorang yang sangat baik, dan kehilangan kerjanya sebelum krismas. Saya ucapkan yang terbaik untuk beliau pada masa akan datang.”
Ditanya tentang gurauan Matic yang berkongsi jenaka berkaitan dengan beliau menunggu Mourinho membelinya kerana kurang minit di Old Trafford. Matic telah menjadi pemain Mourinho sejak di Chelsea dan Man United.
Ole berkata, beliau tiada masalah dengan lawak seperti itu. Dan mendedahkan Matic memang seorang yang kelakar.
“Fokus kami seterusnya adalah merapatkan kedudukan kami dengan pasukan teratas. Kami akan berhadapan dengan City bulan depan, dan itulah peluang terbaik kami.”