Ole: Tak Apa Kalah, Yang Penting Main Cantik Dan Dapat Pengalaman

Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer tidak mahu terlalu memikirkan keputusan atas padang. Sebaliknya beliau lebih melihat kepada aksi cemerlang para pemainnya ketika tewas mengejut di tangan Astana.

Ole menegaskan perlawanan ini merupakan perlawanan untuk memberikan pendedahan kepada beberapa pemain muda dan mereka telah beraksi cemerlang.

Ole berkata: “Ya persembahan kita sangat bagus sekali. Dan kami bermain dengan cemerlang.”

“Cuma ada beberapa ketika sahaja kami membenarkan lawan menyerang kami. Dan itu turut memberikan kami masalah pada perlawanan ini.”

Seterusnya Ole turut memuji para pemain mudanya yang mencuba untuk mendapatkan sesuatu terutama sekali pada 10 minit terakhir perlawanan.

Beliau melihat kesungguhan para pemain. Ole yakin para pemain banyak belajar sesuatu daripada perlawanan ini.

“Namun begitu dalam 10 minit terakhir separuh masa kedua anda semua boleh lihat kami meningkat naik dalam perlawanan ini. Dan itu jugalah masa anda mahu melihat pemain-pemain muda ini belajar sesuatu daripada perlawanan ini,” tambah Ole lagi.

“Mereka memerlukan beberapa minit untuk menyusun semula organisasi di atas padang.”

“Kami juga ada mencipta beberapa peluang gol dan ada beberapa pemain muda yang melakukan debut dengan sangat sangat cemerlang.”

Ole menegaskan, para pemain muda ini harus diberikan peluang untuk menunjukkan kualiti diri mereka. Dan itulah yang beliau lakukan.

“Anda harus memberikan mereka ini debut untuk mengetahui sama ada mereka cukup bagus atau pun tidak.”

“Hari ini kita memberikan peluang kepada pemain seperti Di’Shon, Ethan Land untuk melakukan debut penuh. Begitu juga dengan Dylan. Kesemua pemain pemain ini beraksi sangat cemerlang.”

Manchester United tewas 2-1 di tangan kelab dari Kazakhstan iaitu Astana. Manchester United terlebih dahulu di hadapan menerusi ketua pasukan Jese Lingard.

Lingard membuka tirai jaringan pada minit ke-10. Itu juga merupakan gol pertama Jese Lingard setelah sekian lama. Ianya satu gol yang sangat cantik daripada pemain yang memakai lilitan kapten buat pertama kali untuk pasukannya.

https://twitter.com/theboyalbert_/status/1200087411973328898?s=19

Namun begitu pasukan tuan rumah berjaya bangkit pada separuh masa kedua dengan menjaringkan dua gol ke atas pasukan gergasi dari England yang juga juara Europa beberapa musim lalu.

Dmitriy Shomko menyamakan kedudukan pada minit ke-55.

7 minit selepas itu Di’Shon tertampan bola ke gawang sendiri.

Para pemain Manchester United gagal untuk menambah gol dan sekaligus tewas buat pertama kali dalam saingan Liga Europa pada musim ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.