Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan akan melakukan perubahan taktikal yang drastik bagi menewaskan Tottenham Hostpur dalam aksi malam ini ataupun awal pagi esok waktu Malaysia.
Ole Gunnar Solskjaer mahu para pemainnya melepaskan geram selepas gagal menang dalam 3 perlawanan dalam semua pertandingan.
Lebih pedih untuk diterima apabila Manchester United hanya menang sekali daripada 4 perlawanan liga yang terakhir.
Ole kecewa sebelum ini apabila ada beberapa keputusan seri yang gagal ditukarkan menjadi kemenangan, walaupun mereka berhak menang, menurut Ole.
https://twitter.com/utdxtra/status/1201796700094042112
Lantas Ole sudah mengarahkan barisan kejurulatihannya untuk memperbaiki perkara itu dengan menyediakan latihan intensif kepada para pemain.
Ole seringkali menggariskan ketumpulan di hadapan gol. Namun minggu lalu beliau kecewa dengan pertahanan yang rapuh selepas mereka mendahului.
Ini merupakan lawatan pertama Jose Mourinho kembali ke Old Trafford selepas dipecat dan digantikan dengan Ole.
Ole dikatakan bersedia untuk menukarkan sistem permainan kepada back 5 jika perlu untuk mematikan ancaman Tottenham Hotspur.
Dalam erti kata lain, Ole mahu parking bas berhadapan dengan pasukan yang sangat tajam di hadapan gol sejak dikendalikan Mourinho.
Ole terpaksa berbuat demikian kerana krisis kecederaan pasukannya. Dan Ashley Young sudah kembali semula ke dalam pasukan.
Martial injury leaves Solskjaer considering five at the back for United against Spurs – with Ashley Young returning https://t.co/2BkcdPo9w1
— Duncan Wright (@dwright75) December 4, 2019
Ole mahu mengelakkan daripada kalah. Kerana jika itu berlaku ianya akan meletakkan tekanan yang teramat sangat di bahu Solskjaer.
Kekalahan juga akan meletakkan skuad Ole semakin jauh daripada 4 teratas. United kini berada 8 mata di belakang 4 teratas.
Man United berada di tangga ke-10 sementara itu Tottenham Hotspur berada di tangga keenam.
Selepas perlawanan ini, Manchester United akan berhadapan dengan Manchester City dalam aksi derbi pada Sabtu.
Ole sebelum ini sudah mulai risau dengan keputusan yang dicatatkan dalam aksi Spurs dan Manchester City. Kerana apa-apa keputusan yang dicatatkan dalam 2 perlawanan dilihat akan menjejaskan kedudukannya selaku pengurus Man United.
BBC melaporkan Ole sudah memberitahu para pemainnya, natijah daripada keputusan buruk di dalam 2 perlawanan tersebut.
Ole Gunnar Solskjaer has reportedly told his players that he could be sacked depending on the results against Tottenham and Man City.
That's the gossip.
👉 https://t.co/CQNor7hfvp#bbcfootball pic.twitter.com/gy1uyNcUqy
— BBC Sport (@BBCSport) December 3, 2019
Hal ini kerana, Manchester United memulakan musim ini dengan sangat teruk. Hanya mengutip 18 mata daripada 14 perlawanan setakat ini.
Adakah Ole akan mampu menewaskan Jose Mourinho dalam pertemuan pertama mereka malam ini di Old Trafford?
Selain daripada itu, dalam perkembangan lain. Manchester United telah menukar logo mereka kepada bentuk cinta hati warna pelangi bagi meraikan LGBT.
Menjadikan mereka penanda aras baharu kelab yang sanggup menukarkan logo secara total untuk minggu LGBT ini.
Berbeza dengan pasukan lain yang hanya menukar warna latar belakang sahaja.
“We’re making progress. The #allredallequal campaign has gained some really good traction and we’re proud to be a part of that.”@RainbowDevils #MUFChttps://t.co/AN2Qalocq5
— Manchester United (@ManUtd) December 4, 2019
Adakah anda rasa ramuan Ole kali ini akan menjadi? Beliau jelas sekali sudah memiliki formula tersendiri untuk mengekang skuad Jose Mourinho yang turut mengejar slot 4 teratas.