Ole Gunnar Solskjaer jelas sekali tidak gembira dengan pihak yang tak cakna dengan taktikal bola sepak, dan menyamakan Bruno Fernandes dengan Cristiano Ronaldo.
Kekurangan ilmu pengetahuan seperti ini yang membuatkan ada pihak yang silap dalam menilai kualiti seseorang pemain.
Mujurlah di dalam dunia bola sepak ini kita memiliki pengurus berpengetahuan tinggi seperti Ole Gunnar Solskjaer.
Beliau sebelum ini memberitahu kita bahawa beberapa pemain hari ini di dalam pasukan Man United merupakan jelmaan kepada legenda bola sepak terdahulu tanpa kita sedari.
Ole pernah memberitahu bahawa Marcus rashford merupakan jelmaan Cristiano Ronaldo. Sementara Mason Greenwood persis Van Persie, walaupun selepas itu beliau menyatakan beliau tidak pernah kenal dengan Van Persie.
Dan kini ada pihak cuba untuk palatau hal seperti ini dengan menyamakan Bruno Fernandes dengan Cristiano Ronaldo. Sedangkan Ole sudah memberitahu bahawa hanya Marcus Rashford yang menjadi Ronaldo baharu.
Ole dengan tegas memperbetulkan persepsi tak betul dan naif itu. Sebagai pakar taktikal yang berjaya, Ole Gunnar Solskjaer menegaskan bahawa Bruno Fernandes adalah persis Paul Scholes.
Fernandes menyertai Manchester United dalam pembelian bernilai £67.8 juta. Dan beliau ada disertakan dalam skuad yang beraksi berhadapan dengan Wolves.
Pemain antarabangsa Portugal itu sudah menjalani latihan penuh bersama dengan Manchester United.
Solskjaer menyamakan bintang baharunya itu dengan Paul Scholes, yang turut memakai jersi nombor 18 di Manchester United.
Solskjaer enggan sesekali menyamakan pemain itu dengan rakan senegaranya iaitu Cristiano Ronaldo, yang dibeli oleh Manchester United pada 2003.
Manchester United signed the new Paul Scholes.https://t.co/pMiigpWdlZ#MatchDay #England #manchesterunited #Premier_League
— Official_Dlh (@iam_DLH) February 1, 2020
Ole berkata: “Cristiano adalah pemain yang unik. Dan kami berharap Bruno Fernandes akan menikmati karier yang terbaik di Manchester United.”
“Cuma agak tidak adil untuk terus membandingkan beliau dengan Cristiano Ronaldo.”
“Beliau pemain yang boleh menjaringkan gol dan mencipta gol. Bruno Fernandes agak persis Paul Scholes. Beliau boleh merembat bola dengan sangat fantastik.”
“Ini kerana Bruno Fernandes memiliki satu teknik yang sungguh hebat. Dia juga boleh melakukan assist daripada set play dan dari jarak jauh.”
"He's a little bit like Paul Scholes." 🙌
"He can strike a ball fantastically and has a wonderful technique." 👏
"He's already given the place a boost." ✅
Ole Gunnar Solskjaer on new #MUFC signing Bruno Fernandes. 🔴 pic.twitter.com/JCXLAXwTgW
— talkSPORT (@talkSPORT) January 31, 2020
“Dia memang persis gaya permainan Scholesy. Membara, bersemangat, tak nak kalah dan mereka berdua ada nombor yang sama,” jelas Ole yang kelihatan terkejut dengan kebetulan itu, sedangkan dia sendiri yang memberikan nombor itu kepada pemain itu
“Saya rasa dia adalah satu lagi serpihan puzzle yang kami perlukan. Saya yakin dengan x factor yang kami hilang selama ini, beliau akan menjelmakannya kali ini.”
“Beliau adalah pemain boleh melakukan apa sahaja di atas padang. Saiz badan dia sama je macam saya, dan bukan pemain yang bagus nak jadi target man, tetapi saya seorang pemain bola sepak yang lengkap.”
“Bruno Fernandes boleh bermain dalam sistem tiga pemain tengah sebagai nombor 10, ataupun di tepi sedikit dalam sistem diamond. Kami akan memberikan benda posisi terbaik.”
“Beliau cergas untuk beraksi dan sudah pasti beliau akan berada di dalam skuad menentang Wolves.”