Ole Salahkan VAR Punca Manchester United Tak Menang

Pengurus sensasi pasukan Manchester United iaitu Ole Gunnar Solskjaer marah dan tidak berpuas dengan mutu pengadilan VAR yang digunakan dalam aksi Manchester United dan Everton.

Beliau juga berharap teknologi itu diperbaiki lagi dalam pengadilan bola sepak di masa yang akan datang.

Ole berpendapat kemenangan United malam tadi ibarat dirompak oleh VAR yang tidak membatalkan gol pertama Everton.

Ole merasakan gol pertama Everton itu adalah tidak sah kerana De Gea dikasari. Jelas pengurus Man United itu lagi, ianya satu kekasaran yang nyata dan jelas ke atas De Gea.

Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini dalam tekanan. Namun minggu lalu beliau cemerlang dengan 3 kemenangan berturut-turut ke atas Tottenham, Manchester City serta AZ Alkmaar dalam saingan Liga Europa.

Penyokong Manchester United masih kecewa dengan beberapa keputusan yang dicatatkan ke atas kelab pertengahan dan bawahan.

Manchester United mencipta rekod cemerlang berhadapan dengan pasukan big 6 tetapi kerapkali keciciran mata berhadapan dengan pasukan bukan big 6.

Berhadapan dengan Everton, Manchester United terpaksa menagih sentuhan pemain remaja mereka, Mason Greenwood sekali lagi untuk menyelamatkan mereka.

Manchester United melepaskan bolos awal daripada gol sendiri oleh Victor Lindelof.

Ada kontroversi apabila ulang tayang menunjukkan David De Gea dikasari oleh Dominic Calvert Lewin. Namun VAR mengesahkan gol tersebut milik Everton.

Ianya membuatkan penyokong Manchester United di dalam stadium marah dengan keputusan pengadil.

Ole jelas sekali tidak gembira dengan gol tersebut yang telah membuatkan pasukannya gagal memenangi perlawanan tersebut.

Ole berkata: “Itu adalah satu kekasaran yang jelas. Namun tiada gunanya untuk saya membantah.”

Ole juga menyatakan, De Gea dikasari dengan siku berada di muka serta bahunya ketika penjaga gol kebangsaan Sepanyol itu cuba menyelamatkan bola.

“Siku ada dekat muka dan juga bahu beliau (De Gea). Jadi, bagi saya, itu adalah foul.”

“VAR itu akan lebih baik pada tahun hadapan, dan mereka harus mengkajinya semula.”

Selain itu, David De Gea turut menggunakan media sosialnya untuk menyindir VAR selepas tamat perlawanan semalam.

De Gea memuat naik gambar yang memaparkan beliau sedang dikasari.

Manchester United kini berada di tangga keenam dalam carta liga. Mereka mempersia-siakan peluang untuk merapatkan kedudukan dengan pasukan di tangga keempat iaitu Chelsea.

Chelsea tewas dalam aksi sebelum ini di tangan pasukan  Bournemouth, di tempat sendiri.

Chelsea mengutip 29 mata setakat ini. Sementara itu, Manchester United hanya 25 mata selepas beraksi 17 perlawanan.

Tottenham pula naik ke tangga ke-5 selepas kemenangan semalam dan hanya dibezakan 3 mata daripada pasukan Chelsea.

Manchester United akan berhadapan dengan Colchester dalam perlawanan Piala Carabao. Diikuti oleh aksi menentang Watford pada hujung minggu ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.