Ole Salahkan Pengadil Tak Bagi Satu Lagi Penalti Punca Mereka Kalah

Manchester United kecewa ketika berdepan Sevilla di separuh akhir Liga Europa 2019/2020.

Mana taknya, daripada 20 tembakan ke arah gol dilepaskan, hanya satu yang menghasilkan gol, itupun dari penalti.

Sevilla kembali untuk melayakkan diri ke final Liga Europa 2019/2020. Setelah bolos lebih awal di separuh masa pertama, wakil La Liga Sepanyol itu bangkit dan mengakhiri riwayat Manchester United dengan skor 2-1.

Kekalahan Manchester United kepada Sevilla di separuh akhir Liga Europa menggagalkan cita-cita mereka untuk memenangi sekurang-kurangnya satu piala utama pada musim 2019/2020.

Sebelum ini, anak anak muda harapan Ole Gunnar Solskjaer hanya mampu memasuki separuh akhir dalam dua pertandingan lain iaitu Piala Liga dan Piala FA.

Kekalahan ini bermakna United tersingkir dalam 3 semifinal dalam satu musim. Mungkin benar kata kata penyokong United di Zimbabwe bahawa mereka lebih rela kalah daripada menang piala di stadium kosong.

Tetapi Ole tak sependapat dengan mereka. Menurut Ole mereka bermain sangat bagus sejak Februari. Tak hairanlah ada carta liga tersendiri iaitu Liga Sejak Bruno Sertai United yang dimenangi United.

“Kami beraksi sangat fantastik sejak bulan Februari. Jauh kami dah berubah sejak itu. Kecewa setan terpaksa keluar daripada pertandingan ini.”

Menurut Ole, United yang berhak menang jika pengadil tidak melakukan kesilapan.

Menurut Ole, lontaran ke dalam yang diberikan kepada Sevilla adalah milik mereka. Ternyata ia satu kecurian dan perampokan. Lontaran itu membawa kepada gol Sevilla dalam perlawanan ini.

Seterusnya Ole bengang kerana United tidak diberikan satu lagi penalti walaupun sudah mendapat satu pada awal perlawanan dan hampir menyamai satu papan telur penalti mereka dapat musim ini.

Lontaran ke dalam kami dirompak – Ole

“Dia macam ni la, itu lontaran ke dalam kami 100 peratus, tapi diberikan kepada mereka. Tapi itu bezanya pemain yang berpengalaman. Para pemain saya sepatutnya jangan leka, dan terus fokus kepada perlawanan.”

“Kami tahu itu lontaran ke dalam milik kami, tapi masih juga kami bolos sebab hantaran lintang mereka. Jadi itu bukan alasannya.”

Ole kemudian ingin menebus satu lagi kupon penalti dalam perlawanan ini, namun tak dapat.

“Yeah, kami diberikan corner. Tapi bola tak kena kaki Diego Carlos pun. Dia tak sentuh bola sebaliknya dia pi meluru kat Bruno Fernandes. Dan itu sudah keputusan pengadil.”

“Saya terima je la bahawa pemain dan pengadil boleh buat keputusan. Tapi yang tadi tu (tak bagi penalti) adalah keputusan yang salah.”

Ole turut membidas ketumpulan pasukannya. Di mana mereka mencipta banyak peluang tetapi mempersiakannya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.