Ole Salahkan Padang Dan Marah Pengadil Tak Berikan Penalti

Ole Gunnar Solskjaer menyatakan beliau gembira membawa pulang 1 mata dari AZ Alkmaar dalam saingan Liga Europa.

Manchester United seri tanpa jaringan. Menurut Ole, setiap kali anda bertandang ke tempat lawan dalam saingan Eropah, dan membawa 1 mata, itu sudah dikira sangat baik.

Ole Gunnar Solskjaer juga gembira dengan prestasi para pemain muda beliau yang disifatkan beliau bermain cukup baik, walaupun ramai penyokong United kecewa dengan aksi disifatkan tidak bermaya dengan tanpa sebarang percubaan tepat dicatatkan.

Namun di sebalik kegembiraan Ole, beliau tidak berpuas hati dengan 2 perkara daripada perlawanan ini.

Pertamanya ialah kondisi padang yang disifatkan beliau sebagai buruk. Keadaan padang menyukarkan para pemain United bermain, dan Jesse Lingard tercedera bermain di permukaan padang sintetik.

Ole Gunnar Solskjaer berkata: “Pasukan lawan kami bermain baik hari ini di atas permukaan padang yang teruk.”

“Saya tidak gembira dengan keadaan padang hari ini. Ia merupakan keadaan padang paling teruk pernah saya saksikan, kesekian lama.”

Seterusnya, Ole Gunnar Solskjaer sekali lagi merungut pasukannya gagal mendapat penalti dalam perlawanan ini. Beliau menganggap itu tidak harus berlaku.

Sebelum ini dalam aksi menentang Arsenal pun mereka dinafikan penalti, menurut beliau lagi.

Ole berkata: “Saya tak percaya, apabila Rashford tadi tidak diberikan penalti. Itu adalah penalti 101 kali daripada 100.”

“Entah berapa kali musim ini (penalti kami dinafikan)? Kami mengalaminya (penalti dinafikan) ketika berhadapan Arsenal. Jika tidak kami boleh berada dalam kedudukan 2-0 ketika itu. Dan di sini, boleh mendahului 1-0.”

Ole Gunnar Solskjaer jelas menyatakan pengadil kerap tidak memihak kepada mereka dalam pemberian penalti termasuk di dalam liga. Namun statistik menceritakan sebaliknya:

Manchester United sudah mendapat 4 penalti musim ini daripada 7 perlawanan liga, paling tinggi diterima di antara 20 pasukan EPL.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.