Pengurus terkemuka dunia, Ole Gunnar Solskjaer kecewa dengan pihak penganjur kejohanan Liga Europa yang merupakan kejohanan Eropah sebenar kerana banyak pasukan bertanding.
Menurut Ole, semalam mereka tak menang adalah disebabkan 3 faktor utama yang tidak sepatutnya berlaku.
Pertamanya adalah padang yang licin. Ini kerana hujan turun. Ia turut menyukarkan Manchester United mahu mempamerkan taktikal yang sebenar seperti biasa.
Dan yang kedua adalah masalah pada angin. Ole menganggap angin di dalam stadium sangat kuat. Mungkin Ole bakal merujuk masalah ini kepada BoBoiBoy Angin selepas ini.
Dan lebih teruk apabila faktor angin dan bola yang tak sedap bergabung pula membuatkan penjaga gol mereka kelemasan pada gol pertama. Bola tersebut menurut Ole terlalu ringan. Namun tak ada pula Ole menyatakan gol Martial sebab bola ringan.
Anda bayangkan perasaan Ole. Mana dia tak marah dengan semua itu.
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, pengurus yang terkenal dengan ketegasannya itu berkata:
“Sukar nak melawan pasukan yang berdisiplin dalam keadaan padang yang sukar.”
“Saya berpendapat ini sudah tentu bukan salah satu aksi terbaik kami. Kami sedikit hilang konsentrasi.”
“Namun keadaan padang yang licin dan bola (yang ringan) membuatkan ia sukar.”
The pitch, the ball, the wind, the rain, the ball 🤨
Ole Gunnar Solskjaer brought out all the excuses tonight 🤭
— Goal News (@GoalNews) February 20, 2020
“Anda boleh tanya mana mana pemain. Dan bola itu memang tak membantu mereka langsung untuk bermain bola sepak sebenar.”
‘Kau pergi main sendiri’
Ketika ditanya boleh tak beliau menghuraikan lagi tentang keadaan bola itu, Ole tak ada ada masa sangat nak melayan soalan bodoh wartawan itu dan berkata:
“Ianya berbeza dan sukar nak main bola dengan bola itu. Awak boleh ambil satu bola tu dan pergi main sendiri.”
Ole is worse than klopp for making excuses, whether it be the wind, or “it’s a young squad” https://t.co/ZFsqsd1GDo
— AndyRobertsLUHG (@AndyRobUnited) February 20, 2020
Man United sekadar seri
Sebanyak 48 pasukan berentap di saingan Europa League untuk peringkat kumpulan, selepas enam perlawanan maka siapa yang layak sudah diketahui.
Pasukan yang muncul juara dan naib juara sebanyak 24 pasukan sudah diketahui dan lapan pasukan tempat ketiga terbaik Champions League akan meneruskan saingan di Europa League.
Maka 32 pasukan akan berentap untuk dipusingan kalah mati untuk terus hidup dan mencari kejuaraan.
Dengan kehadiran Manchester United di Europa League maka kejohanan kelas kedua Eropah seolah-olah menjadi kejohanan paling agung di Eropah.
10 – Manchester United are unbeaten in their last 10 Europa League knockout stage games (W6 D4), since a 0-2 loss at Liverpool in March 2016. Indeed, they won the competition the last time they were in it in 2016-17. Conquerors. pic.twitter.com/WXrgxnlJRp
— OptaJoe (@OptaJoe) February 20, 2020
Manchester United telah diundi bertemu kelab daripada Belgium, Club Brugge yang boleh dianggap sebagai pasukan pelengkap jadual sahaja.
Ini merupakan perlawanan pertama antara Club Brugge dan Manchester United di pusingan 32 terbaik.
Manchester United merehatkan beberapa pemain utama termasuklah Bruno Fernandes dan Fred dan ini memberi impak kepada prestasi di padang.
Perlawanan 10 minit pertama kelihatan seimbang dengan aksi huru-hara dan masih berbaloi dilihat kerana bermain pada jam 2.00 pagi.
Sepakan terus daripada penjaga gol Club Brugge, Simon Mignolet berjaya mencari Emmanuel Denis yang berlari seperti lipas kudung.
Club Brugge's Emmanuel Dennis has scored three goals in European competition this season:
⚽ Real Madrid
⚽ Real Madrid
⚽ Manchester UnitedA man for the big occasion. 😎 pic.twitter.com/dh1F381BRg
— Squawka Football (@Squawka) February 20, 2020
Brandon William cuba mencabar dengan kejaran yang tidak seberapa, Sergio Romero juga tidak mahu kalah apabila keluar untuk menghalang.
Harry Maguire? Dengar cerita sebatu kena tinggal.
Emmanuel Denis dengan jahat dan bijaknya melambungkan bola melihat Romero keluar dan melemaskan sesiapa saja yang terkena.
Bola jatuh ke tanah dan meleleh sambil mengekek gelak pergi menuju ke gawang yang tebuka tanpa pengawal.
Ketika melihat bola meleleh menuju ke gawang para penyokong Setan Merah sudah pasti berdoa supaya bola tidak masuk. Tolong la jangan masuk!
1 – Simon Mignolet is the first goalkeeper to provide an assist in the Europa League since Guilherme for Lokomotiv Moscow against Sporting Lisbon in September 2015. Launch. pic.twitter.com/lM0cNfpTmh
— OptaJoe (@OptaJoe) February 20, 2020
Pada minit ke-15 Club Brugge sudah di depan dan Simon Mignolet bekas penjaga gol Liverpool melakukan bantuan gol.
Selepas jaringan tersebut pertahanan Manchester United terus barai dan barai dan barai, terbelah sana-sini.
Kiri, kanan bahagian pertahan Setan Merah bocor, mujur pemain Club Brugge tidak mempunyai sentuhan penyudah yang mantap.
Anthony Martial's top-scoring seasons for Manchester United:
2015-16: 17 goals
2019-20: 14 goalsCommon theme? The No.9 shirt. 😉 pic.twitter.com/8F9Hf97VHD
— Squawka Football (@Squawka) February 20, 2020
Dalam kebaraian itu Manchester United berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35 hasil bola lencongan rendah Anthony Martial.
Kesilapan bahagian pertahanan Club Brugge segera dihukum Anthony Martial untuk gol penyamaan.
Separuh masa kedua berlangsung agak hambar dan tiada apa yang menarik dengan kegopohan dan permainan caca marba daripada kedua-dua pasukan.
Bruno Fernandes had more shots than any other Man Utd player against Club Brugge (4).*
He came on in the 81st minute.
*All four were blocked. 😬 pic.twitter.com/xRpYjOkdeC
— Squawka Football (@Squawka) February 20, 2020
Ole telah memasukkan Odion Ighalo, Fred dan Bruno Fernandes namun tiada apa yang dapat merubah perlawanan kecuali bekalan gol tempat lawan.
Kemasukkan Fernandes pada minit ke-81 hanya berjaya merekodkan pertambahan percubaan dengan 4 percubaan dan kesemuanya berjaya dihadang.
Selepas kemenangan ke atas Chelsea beberapa hari lalu tiada yang positif ditampilkan Manchester United kecuali gol Martial.
CLUB BRUGES (3-5-2): Mignolet 6.5; C Mata 6, Mechele 6, Deli 6.5; Kossounou 6, Rits 7, Vanaken 6, Balanta 5.5 (Vormer 47), De Cuyper 6 (Schrijvers 73, 6); Dennis 8, Tau 6 (De Ketelaere 63, 6).
Subs: Horvath, Okereke, Mitrovic, Ricca.
MAN UTD (3-4-3): Romero 5; Maguire 6.5, Lindelof 6, Shaw 6.5; Dalot 6 (Fernandes 81), Pereira 4.5 (Fred 70, 6), Matic 6, Williams 5; Mata 6.5, Martial 6.5 (Ighalo 68), Lingard 5.
Subs: De Gea, Bailly, Fred, James, Wan-Bissaka.
Adakah Man United akan mampu bangkit selepas ini?
Jawapannya ya!