Ole Gunnar Solskjaer telah mengesahkan bahawa Machester United akan kehilangan Marcus Rashford hingga musim tamat dan Paul Pogba tidak akan kembali beraksi dalam masa terdekat.
Penyerang harapan Ole, Marcus Rashford mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang Wolverhampton Wanderer disaingan Piala FA pada Januari lalu dan menang 1-0.
Dalam perlawanan ituMarcus Rashford masuk pada minit ke-63 tetapi hanya sempat berada di padang selama 17 minit sahaja kerana kecederaan.
Selepas beberapa minit di padang Rashford dikasari dan mengalami kesakitan tetapi pada minit ke-80 barulah Rashford telah dikeluarkan semula.
63': Marcus Rashford subbed on
79': Marcus Rashford subbed offThere's a trip to Anfield on Sunday. 😰 pic.twitter.com/bDWeQ3SfRp
— Squawka News (@SquawkaNews) January 15, 2020
Henry Winter mendedahkan Rashford sudah mengalami single stress fracture yang menyebabkan kesakitan di bahagian belakang badan dan selepas perlawanan menentang Wolves sekali lagi beliau tercedera.
Selepas perlawanan itu Double stress fracture pula dialami oleh Rashford dan pada mulanya dijangka kembali dalam tempoh 6 minggu atau tiga bulan.
Lebih memburukkan keadaan terdapat serpihan tulang di buku lali Rasford yang memerlukan pembedahan dan selama ini bermain dalam keadaan kesakitan yang amat.
Rashford was carrying a single stress fracture in his back, now has a double stress fracture after Wolves game. Expected to be out for 2-3 months. Also has piece of floating bone in his ankle requiring non-intrusive surgery to remove. Been playing thru immense pain to help #mufc
— Henry Winter (@henrywinter) January 19, 2020
Ole Gunnar Solskjaer dalam kenyataan terbaru memaklumkan kepada peminat supaya tidak berharap Rashford akan kembali hingga musim ini tamat kerana Rashford tidak sempat untuk cergas.
“Aku berharap Rashford akan kembali sial(sembuh) lebih cepat daripada jangkaan awal. Apa yang pasti, Rashford tidak akan bermain untuk tempoh beberapa bulan.”
“Rashford telah membuat imbasan dan kecederaannya mungkin lebih teruk daripada kami harapkan dan jangka.”
“Beliau berasa sihat beberapa hari sebelum itu. Bila beliau sembuh beliau akan jadi lebih kuat dan apa yang penting kami tidak boleh tergesa-gesa.”
Dalam masa yang sama, Ole sudah lama kehilangan Paul Pogba juga kerana kecederaan dan kehadiran pemain itu seperti tidak diperlukan lagi.
Ole juga tidak begitu positif dengan Pogba untuk kembali dalam masa terdekat kerana Pogba masih jauh untuk kembali cergas 100 peratus.
Pengurus Setan Merah terus tidak melayan soalan tambahan mengenai Pogba yang sebelum ini sudah beberapa kali mencetuskan kontroversi mengenai masa depannya.
“Pogba setakat ini tidak lagi menjalani latihan bersama pasukan. Jadi ini semua bergantung kepada Pogba bila beliau rasa bersedia untuk kembali.”
“Situasi sekarang Pogba tidak akan kembali berlatih dalam masa terdekat.”
Pogba mungkin akan sempat kembali beraksi sebelum tamat musim 2019/20 dan Pogba juga mahu mendapatkan minit permainan bagi mendapat tempat bersama pasukan Perancis di EURO 2020.