Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyatakan bahawa perlawanan seterusnya menentang Liverpool sebagai perlawanan sempurna untuk mereka bangkit selepas kalah 1-0 di tangan Newcastle.
Pemain muda Matty Longstaff menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan tuan rumah. Sekaligus menghadiahkan kemenangan pertama kepada Steve Bruce sebagai pengurus, menentang Manchester United.
Manchester United akan berhadapan dengan Liverpool slpada 20 Oktober ini, sebaik sahaja minggu antarabangsa berakhir.
Bercakap kepada BBC, Ole berkata:
“Itu perlawanan (menentang Liverpool) yang sempurna untuk kami.”
Ole yakin perlawanan tersebut hadir pada masa yang tepat kerana mereka dalam semangat yang tinggi untuk bangkit daripada kekalahan.
Ole Gunnar Solskjaer says Manchester United are going through a "difficult period" but their next match against Liverpool is the 'perfect game' for them.
Watch: https://t.co/zvqVS0bVZK pic.twitter.com/fW47eadtVw
— BBC Sport (@BBCSport) October 6, 2019
Ole Gunnar Solskjaer juga mahu menggunakan kesempatan yang ada untuk menilai kembali prestasi pasukannya.
“Kami sangat bertuah kerana selepas ini adalah rehat antarabangsa, jadi kami boleh melakukan sedikit penilaian daripada prestasi semasa kami.”
“Para pemain akan pergi untuk bermain perlawanan antarabangsa dan bertemu dengan rakan-rakan mereka di sana. Apabila kembali kelak, mereka akan kembali dalam keadaan segar.”
“Kita ada masa yang bagus bersama sama. Kita membuat persiapan sejak pra musim lagi. Dan kita sudah terlekat pada satu prinsip yang sama.”
“Hari ni kita gagal mendapatkan keputusan yang baik, namun kita hsrus terus berusaha.”
Rekod permulaan musim ini kurang baik untuk Manchester United. Dan mereka mahu memperbaikinya, dalam usaha mereka mahu kembali ke UCL pada musim hadapan.
United hanya mengutip 9 mata daripada 8 perlawanan. Ia rekod terburuk sejak musim 1989/90.
9 – Manchester United have picked up just nine points from their opening eight Premier League matches this season (W2 D3 L3), their worst start to a league season since 1989-90 (8 points) when they went on to finish 13th. Worrying. pic.twitter.com/oV2kDjRkri
— OptaJoe (@OptaJoe) October 6, 2019
Mereka masih gagal menjaringkan lebih 1 gol selepas perlawanan pertama menentang Chelsea, di mana mereka ketika itu menang 4-0.
17 – Since Ole Gunnar Solskjaer was appointed permanently on March 28th, Manchester United have won just 17 points in 16 @premierleague matches (W4 D5 L7), the fourth-worst tally among the 17 ever-present teams in that time. Wheel. pic.twitter.com/cbd1OYGNv6
— OptaJoe (@OptaJoe) October 6, 2019