Ole Minta Bini & Awek Bantu Pemain Perbaiki Tembakan Ke Arah Gol Ketika Lockdown

Duduk di rumah bukan alasan untuk para pemain tidak berlatih dan menguatkan fizikal mereka.

Dengan lockdown di England ketika ini, kesemua pemain duduk dalam rumah termasuk para pemain pasukan paling hebat ketika ini, Manchester United.

Ole Gunnar Solkjaer berkata, di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. Misalnya, di dalam tempoh lockdown ini, para pemain masih perlu mencari inisiatif sendiri untuk berlatih di rumah.

Malah Ole mencadangkan agar teman kepada pemain iaitu awek dan bini mereka boleh membantu dalam meperbaiki keupayaan mereka ketika ini.

Misalnya membantu teman ataupun laki mereka dalam finishing. Finishing adalah penyudah. Ianya sangat penting untuk melakukan finishing yang betul agar tak tesasar daripada sasaran.

Ole sangat berharap awek dan bini pemain Manchester United akan dapat membantu abang abang sayang mereka.

Pandai pandailah mereka mencari kaedah yang sesuai.

EPL masih lagi ditunda sekurang-kurangnya sehingga 30 April kerana pandemik covid-19.

Selain itu, Ole sudah mengarahkan stafnya memberikan garis panduan pemakanan dan juga latihan gym di rumah untuk para pemain.

Ole Gunnar Solskjaer yakin keluarga pemain juga boleh memainkan peranan untuk membantu para pemain di halaman rumah bagi melakukan senaman fizikal.

Ole seorang yang sangat teliti dalam kerjanya. Beliau sudah menghantar garis panduan kepada semua pemain.

“Para pemain sudah diberikan program untuk setiap individu. Mereka ada diet mereka sendiri. Dan pada masa ini mereka harus melakukan perkara yang istimewa dan spesifik berkenaan dengan peranan dan tugasan mereka..”

“Saya banyak meluangkan masa di halaman rumah dengan anak anak saya. Fokus kepada penyudah ataupun shooting ke arah gol. Dan jika kamu penyerang, kamu harus fokus kepada penyudah dan gerakan.”

“Ramai pemain pada hari ini ada fasiliti dan juga halaman rumah yang bagus untuk berlatih. Harapan saya, isteri dan teman wanita mereka akan membantu mereka melakukan hantaran dan crosses yang tepat.”

Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan, beliau tidak bercuti dan bekerja dari rumah. Beliau masih menyediakan laporan dan menerima laporan daripada para pemain.

“Sebenarnya saya masih bekerja dan sentiasa berhubung dengan pemain dan staf saya. Sudah tentu saya perlu memantau mereka setiap hari, setiap jam. Ianya berbeza.”

“Saya sentiasa berhubung dengan mereka menerusi kumpulan WhatsApp dan mesej. Apabila kami kembali semula kelak, apa jenis latihan yang akan kami jalani.”

“Cuma sekarang ni kami tak tahu bila kami akan kembali semula seperti biasa.”

“Mujurlah sekarang ini ada teknologi dan kami mendapat manfaat daripadanya. Kami masih boleh berhubung dan melihat satu sama lain”

“Hantar je mesej, terus dapat balasan yang cepat. Bayangkan dahulu, cuma berkomunikasi dengan telefon.”

“Jadi, kami sekarang berhubung seperti biasa. setiap hari.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.