Ole: Mimpi Ngeri Pertahanan, Persis Wayne Rooney Bukan?

Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini menyatakan Mason Greenwood adalah persis Robin Van Persie kerana penyudah pemain itu yang tajam dan padu.

Namun pada aksi semalam, beliau telah menyamakan bintang remajanya itu dengan Wayne Rooney.

Mason Greenwood meniti bibir peminat bola sepak dunia, selepas aksi luar biasa ditunjukkan pemain itu ketika membantu Manchester United menang 4-0 ke atas AZ Alkmaar dari Belanda, dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Menurut Solskjaer, beliau dapat melihat kelibat Wayne Rooney di atas padang apabila melihat aksi Greenwood. Ini kerana Solskjaer pernah bermain bersama dengan pemain itu dahulu ketika Rooney masih muda.

Manchester United tiada tekanan untuk menang dalam perlawanan terakhir ini. Kerana sudah mengesahkan kemaraan mereka lebih awal sebelum ini.

Mason Greenwood merupakan bintang utama dalam kemenangan 4-0 Manchester United ke atas AZ Alkmaar itu.

Greenwood melakukan rembatan kemas untuk gol kedua selepas gol pembukaan oleh Ashley Young.

Mason Greenwood turut berjaya mendapatkan penalti untuk Manchester United yang dengan mudah disempurnakan oleh pemain veteran Juan Mata.

Mason Greenwood berjaya menjaringkan gol kedua peribadinya untuk gol keempat Man United, tidak lama selepas itu.

Menjadikan Greenwood pemain paling muda mencetak double di kejohanan Eropah.

Solskjaer berkata: “Saya rasanya pernah katakan perkara ini kepada kamu sebelum ini. Ianya bukan benda baru, memang itulah yang beliau biasa lakukan.”

“Dan esok beliau mungkin akan ke pusat latihan dan menjaringkan beberapa gol lagi. Beliau sentiasa menjaringkan gol. Benda ni sangat semulajadi kepadanya.”

“Greenwood pemain bola sepak dengan bakat semulajadi. Semakin dekat dia dengan gol semakin bahaya dia hadirkan ancaman kepada lawan.”

“Kaki kanan dan kaki kirinya adalah mimpi ngeri kepada para pertahanan. Beliau cuma harus perlu meningkatkan kemahiran tandukannya dan kemudian dia akan menjadi penyerang sempurna.”

Greenwood sudah menjaringkan 6 gol untuk United musim ini. Mengatasi rekod Alexis Sanchez dan hanya Marcus Rashford (13 gol) menjaringkan lebih banyak gol daripada pemain berusia 18 tahun itu.

Ole Gunnar Solskjaer kemudian menyatakan Mason Greenwood adalah permain berbeza jenis dengan Wayne Rooney. Tetapi dari segi potensi Beliau melihat pemain itu sama seperti legenda penjaring terbanyak dalam sejarah Manchester United itu.

Ole Gunnar Solskjaer menambah: “Saya ada pernah melihat beberapa pemain muda berbakat. Saya pernah bermain dengan Wayne Rooney. Dan beliau mirip Wayne Rooney dari segi potensi pada usia muda.”

“Dari segi teknik penyudah di hadapan gol yang semulajadi, Mason salah seorang yang terbaik saya pernah lihat.”

Ole Gunnar Solskjaer yakin beberapa lagi pemain muda Man United akan menunjukkan taring mereka sama seperti Greenwood selepas ini. Beliau juga berikrar akan memberikan Mason Greenwood lebih peluang di EPL

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.