Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata penyudah Mason Greenwood persis bekas penyerang United, Robin van Persie.
Robin Van Persie dikenali dengan keupayaannya menyudahkan peluang gol dengan sangat tenang.
Ole sangat kagum dengan Mason Greenwood yang banyak sekali mengingatkan beliau kepada penyerang dari Belanda itu.
Greenwood menjaringkan gol pertama dalam kemenangan United dalam aksi Liga Europa. Di mana United menang 3-0 ke atas Partizan Belgrade.
2 lagi gol Manchester United ketika itu dijaringkan oleh Martial dan Marcus Rashford. Greenwood turut menyumbang 1 assist.
Ketika wartawan bertanya adakah Solskjaer benar-benar menganggap Mason Greenwood persis Robin Van Persie, Solskjaer berkata beliau memang serius memaksudkannya.
“Ya sudah tentu. Beliau sangat tenang dalam menyudahkan peluang gol,” tegas Oleh yang minggu lalu melihat Ronaldo pada diri Rashford.
“Apa yang dilakukan Mason Greenwood adalah semulajadi kepada beliau, saya tidak fikir dia tahu sama ada dia berada pada kedudukan kaki kanan atau kiri adalah yang terbaik.”
Greenwood mendapat tempat dalam kesebelasan utama buat pertama kali dalam aksi menentang Partizan Sejak 3 Oktober lalu.
Dan ia adalah yang pertama musim ini. Greenwood turut menjadi penjaring kemenangan pasukan simpanan B-23 United ke atas Doncaster dalam Piala EFL.
Jadi, Solskjaer dalam pertimbangan untuk memberikan pemain itu kesebelasan utama dalam EPL buat pertama kali musim ini.
“Mason akan menikmati karier yang sangat besar pada masa akan datang. Namun ia memerlukan beberapa tahun lagi untuk beliau menjadi pemain yang berada dalam prestasi terbaik. Namun ia berbaloi buat kami.”
Ole on how impressed he is with Mason Greenwood
🗣"He finishes like Van Persie" pic.twitter.com/wwiba68eiP
— Football Daily (@footballdaily) November 8, 2019
Solskjaer sebelum ini turut mendedahkan beliau merancang untuk memberikan Mason Greenwood lebih banyak minit pada musim ini. Itulah sebab beliau berani melepaskan Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez serentak.
Solskjaer melihat Greenwood akan menjadi pemain penting dalam usaha beliau membentuk trio serangan bersama Martial dan Rashford.
Solskjaer melihat 3 pemain tersebut memiliki ciri-ciri penyerang United sebenar yang bermain dengan sepenuh hati untuk kelab mereka.
Solskjaer sendiri pernah memuji Greenwood sebagai penyerang paling semulajadi di hadapan gol di antara kesemua pemain yang beliau ada pada musim lalu.