Ole Gunnar Solskjaer membetulkan kenyataan Mino Raiola yang mendedahkan bahawa Erling Haaland yang menolak Manchester United dan menyertai Borussia Dortmund.
Ini kerana menurut Raiola, pemain muda itu lebih yakin Borussia Dortmund akan membantunya meningkatkan lagi kariernya berbanding dengan Manchester United.
Haaland menyertai Borussia Dortmund dengan nilai perpindahan sekitar £17 juta dari RB Salzburg.
Raiola memberikan contoh: “Jangan kata Pogba, bagi Maldini, Maradona, dan Pele sekalipun, kalau kat Manchester United, mereka akan rosak dan tidak meningkat naik. Itu yang sedang berlaku kepada Paul Pogba.”
Mino Raiola on Manchester United:
"Today I would no longer bring anyone there. They would also ruin Maradona, Pele and Maldini."
— Coral (@Coral) December 31, 2019
Itulah sebabnya yang menurut Raiola, menjadi alasan kenapa Erling Haaland enggan datang ke Manchester United. Pemain itu meminta jaminan untuk menjadi pemain utama. Namun United tidak dapat memberikan janji kepada pemain itu.
Erling Haaland merasakan United tidak serius dalam membantu membangunkan bakatnya.
Ole Gunnar Solskjaer menegaskan bahawa sebenarnya kenyataan Raiola itu tak tepat. Bukan Erling Haaland yang menolak Man United, tetapi sebaliknya.
Ole masih berpendapat, Manchester United adalah magnet kepada pemain. Berderet pemain di dunia ini yang mahu datang ke United. Sebab itu mereka perlu membuat pilihan bijak.
“You’d be surprised how many players want to join Man Utd” Oh really Ole, please do tell us cause by the looks of things you are talking 💩. Can’t even get a guy he has coached before who is going to sit on the bench. Total Embarrassment! @ManUtd @rantsnbants @FlexUTD https://t.co/CagpMPYXP9
— Tam Mutu (@tammutu) December 28, 2019
Ole menegaskan pemain muda Norway itu sangat teringin datang ke United. Tetapi halangannya adalah kerana Raiola.
Menurut Ole, ejen itu telah menjadi sebab kegagalan perjanjian itu. Hal ini pernah dibegangkan oleh Raiola ketika ada media mendedahkan bahawa, sikap Raiola menjadi sebab kenapa United enggan membeli Haaland.
Solskjaer mengesahkan laporan tersebut dengan berkata, Raiola telah meminta memasukkan klausa pelepasan pada pemain itu, dan mahukan kawalan kepada Erling Haaland.
Ole menyatakan, dalam perpindahan pemain, perlu menggunakan akal yang waras.
'You can't give agents control'
Ole Gunnar Solskjaer confirms Manchester United pulled out of race for Erling Haaland because of his agents demands#MUFChttps://t.co/wbwHjagjGI
— MailOnline Sport (@MailSport) January 22, 2020
“Adalah sangat penting untuk kita menggunakan akal fikiran yang waras di dalam tindakan kita untuk perkara seperti ini.”
“Terdapat juga banyak perkara lain apabila anda perlu lakukan dengan teliti ketika mahu menandatangani pemain.”
“Anda perlu pastikan bahawa anda perlu mengawal pemain yang anda miliki bukannya orang lain. Anda tidak boleh memberikan ejen kawalan ke atas barang anda beli. Mereka tidak boleh mengawal dan menetapkan klausa ke atas barang yang anda beli.”
“Perkara itu sudah disebut selama ini, dan pada pandangan saya, kita harus mengawal
United dilihat sangat memerlukan penyerang, selepas menjual Lukaku dan melepaskan Alexis Sanchez. Erling Haaland dianggap calon terbaik untuk mengisi tempat di United lebih-lebih lagi United kini meratapi kecederaan Marcus Rashford.
Namun Ole berpandangan berbeza. Ole merasakan mereka tidak perlu terlalu terdesak mahukan pemain kelab lain kerana ada bakat di di dalam kelab mereka sendiri.
Hubungan Manchester United dengan Raiola menjadi semakin panas. Ejen itu sudah menyatakan beliau tidak akan membekalkan mana-mana pemain lagi ke Manchester United.
Raiola juga dikatakan sedang cuba memancing Jesse Lingard dan Marcus Rashford untuk bernaung di bawah agensi beliau, dalam usaha Raiola meluaskan lagi kuasa agensi beliau di Britain.