Ole Maki Balik RVP: Dia Rembat No.20 Saya, Sekarang Dia Nak Sapu Semua Yang Saya Ada

Ole Gunnar Solskjaer bengang dengan ‘serangan’ daripada Van Persie yang sebelum ini mengkritiknya kerana tersenyum dalam sidang media, sebaik sahaja kalah di tangan Arsenal.

Menurut Robin Van Persie, Ole Gunnar Solskjaer senyum tak kena dengan tempat dan keadaan. Van Persie menegaskan, jangan sesekali senyum apabila kalah.

Van Persie berkata begitu di dalam ulasannya dalam perlawanan menemukan 2 bekas kelabnya, di Stadium Emirates.

Mancheste United tewas 2-0 di tangan pasukan Arsenal.

Robin Van Persie berkata: “Setiap kali saya mendengar suara Ole, beliau kelihatan seorang yang sangat baik hati. Namun saya mahu beliau menjadi lebih bengis dan keluarkan kemarahan.”

“Saya melihat dia tadi tersenyum selepas kekalahan seperti itu. Ini bukan masanya untuk kamu senyum.”

Ole pula memberikan respon kepada komen itu dengan menyatakan beliau hairan, apa sebenarnya yang cuba dikatakan oleh Van Persie? Dan jelas sekali pemain itu tidak mengenali dirinya.

Walaupun sebelum ini Ole pernah mengagumi Robin Van Persie dan membandingkan legenda itu dengan gaya permainan Mason Greenwood, namun Ole mengakui beliau dan Robin Van Persie tidak begitu kenal secara peribadi.

“Saya tidak kenal sangat Robin, dan Robin pun tak kenal saya.”

“Beliau tiada hak nak mengkritik cara pengurusan saya dan saya tak tak akan mengubahnya hanya kerana orang lain mahukan. Itu adalah muktamad.”

Ole menegaskan, Robin Van Persie mungkin merasakan dirinya boleh mengawal beliau selepas berjaya mengambil jersi 20 yang ikonik dengan Ole. Ternyata Robin Van Persie silap perkiraan dalam hal itu.

“Yeah Robin, dia mengambil no.20 milik saya dan mungkin sebab itu sekarang dia nak ambil segalanya daripada saya juga.”

Ole meningatkan RvP, sekarang adalah dunia moden. Dan bukannya masa untuk mengamuk di hadapan kamera apabila kalah.

“Saya bukannya hidup di zaman batu, jadi tak perlu nak bermodus operandi dengan kemarahan.” tambah Ole lagi.

Robin Van Persie diberikan jersi 20 oleh Sir Alex Ferguson ketika menyertai Manchester United dari Arsenal.

Beliau mengeaskan perpindahan ke kelab musuh itu dibuat kerana adanya bisikan budak kecil di dalam dirinya yang meronta mahukan beliau menyertai Manchester United.

Dan beliau menjadi penyerang penting dalam kejuaraan Liga Perdana Inggeris ke-20 Manchester United.

Namun Robin Van Persie selepas itu gagal memberikan impak yang sama di tangan pengurus lain. Ianya gara-gara keputusan mengejut Sir Alex Ferguson yang mahu bersara.

Selain daripada mengkritik senyuman Ole yang tak kena tempat, menurut beliau, Robin Van Persie turut menyelar Rashford yang sibuk mahu meniru Cristiano Ronaldo.

Menurut Van Persie, beliau tak mahu Rashford meniru sesiapa, dan sila jadi diri sendiri. Namun tidak salah untuk menjadikan pemain-pemain terbaik sebagai rujukan untuk belajar.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.