Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyatakan bahawa beliau harus mencari formula baru dalam memperbaiki persembahan di halaman sendiri supaya mampu untuk terus beri cabaran kepada kejuaraan saingan liga.
United mempunyai rekod yang baik ketika beraksi di tempat lawan dan mereka mencatatkan statistik yang buruk ketika beraksi di halaman sendiri.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer kini berada di kedudukan ketujuh dalam saingan liga dengan mengumpul 23 mata selepas mengharungi 12 perlawanan pada musim ini.
Ole: "It's not like it's home and away without fans. In this position a little longer. We should be used to the OT pitch more than these pitches. Been waiting years to get this (Leeds) game on and we'll be ready for it." #mufc
— RedReveal (@RedReveal) December 17, 2020
Setan merah kini lapan mata berada di belakang pendahulu saingan liga, Liverpool namun mereka masih mempunyai kelebihan dua perlawanan yang belum dimainkan.
Seandainya United berjaya memenangi kedua-dua baki kekurangan perlawanan itu, secara matematiknya mereka sudah mengumpul 29 mata dan dengan kutipan tersebut, United sudah berada di kedudukan kedua dalam saingan liga.
Ianya bukanlah satu hal yang mustahil untuk dicapai oleh skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu, hal ini kerana, United kini sedang berada dalam rentak kemenangan mereka.
Pemain seperti Paul Pogba juga dilihat sudah berjaya untuk mendapatkan rentak persembahan terbaik beliau selepas aksi yang dipamerkan ketika perlawanan bertemu Sheffield United minggu lalu.
Two years ago today, Ole Gunnar Solskjær took over as caretaker manager of Manchester United 🇳🇴 pic.twitter.com/20hudwSIb0
— utdreport (@utdreport) December 19, 2020
Formula awal Ole dengan mencuba beberapa taktikal serta menggandingkan beberapa pemain supaya peroleh kesefahaman sepertinya sangat menjadi.
Ianya bukan kebetulan lagi untuk mengatakan United menang bukan kerana formula dari Ole, setan merah beberapa kali berjaya melakukan aksi comeback dalam saingan liga musim ini, hasil formula darinya.
Menurut pengurus United itu, satu-satunya cara untuk beliau memastikan United terus beri cabaran dalam merebut kejuaraan liga adalah dengan, memperbaiki keputusan perlawanan ketika beraksi di halaman mereka sendiri.
“Kita perlu memperbaiki corak persembahan ketika bermain di halaman sendiri.”
Jelas Ole kepada Daily Express.
In 2020, no manager has won more league games than Ole Gunnar Solskjaer.
A very underrated manager. pic.twitter.com/MLgHJWOJ1h— Alexei (@MUFC_redarmy99) December 19, 2020
“Ianya bukan masalah main di tempat sendiri atau tempat lawan dengan situasi tiada penonton. Tapi kita seharusnya menggunakan kelebihan beraksi di atas padang Old Trafford berbanding padang lain.”
“Ahad ini dalam pertemuan bertemu Leeds, ianya merupakan perlawanan penting, kami sudah lama menantikan detik itu dan kami sudah bersedia untuk hadapinya.
Satu-satunya kemenangan United di Old Trafford dalam saingan liga musim ini adalah ketika mereka berjaya menewaskan West Bromwich 1-0 bulan lalu.
Menjaringkan gol di halaman sendiri juga merupakan salah satu masalah yang perlu diselesaikan oleh United dalam menghadapi baki saingan liga musim ini.
Ole Gunnar Solskjaer has now been #mufc manager for 2 years, how would you sum up his time as manager? pic.twitter.com/9G4UHNunSN
— The Man Utd Way (@TheManUtdWay) December 19, 2020
Setan merah setakat ini hanya berjaya menjaringkan tiga gol sahaja di Old Trafford sepanjang musim ini, dan dua darinya adalah hasil dari sepakan penalti.