Pengurus Manchester United sangat gembira dengan prestasi para pemainnya dalam aksi di Stamford Bridge.
Manchester United menang ke atas Chelsea dan mara ke suku akhir Piala Carabao 2019.
Ole Gunnar Solskjaer terus menggegar Stamford Bridge sejak mengambil alih Man United.
Feb '19: Chelsea 0-2 Man United
Oct '19: Chelsea 1-2 Man UnitedTwo wins from two for Ole Gunnar Solskjaer at Stamford Bridge. pic.twitter.com/X3x6buYwb0
— ESPN UK (@ESPNUK) October 30, 2019
Berbeza sekali dengan prestasi United sebelum kehadiran Ole, di mana mereka sangat sukar nak menang di Stamford Bridge.
Before Ole Gunnar Solskjær took charge, #mufc hadn't won a game at Stamford Bridge since 2012.
He's won there twice in eight months. pic.twitter.com/6eKzT5UyWO
— utdreport (@utdreport) October 30, 2019
Bercakap kepada media selepas perlawanan, Ole Gunnar Solskjaer memberikan amaran kepada pasukan lain, bahawa Manchester United yang sebenar kini sudah kembali.
Namun ini baru permulaan dan mereka sedang berusaha meningkatkan lagi keupayaan mereka supaya mencapai potensi optimum.
Kemenangan ke atas Chelsea membuatkan Ole Gunnar percaya, pasukannya kini sudah kembali ke landasan sebenar sebagai pasukan yang bergelar Manchester United.
Kemenangan itu juga merupakan yang ketiga berturut-turut dicatatkan oleh Manchester United. Buat pertama kalinya mereka mendapat rentak kemenangan pada musim ini.
Ini selepas mereka menang ke atas Partizan dan juga Norwich City. Kedua-dua kemenangan tersebut juga dicatatkan di tempat lawan.
Sebelum ini, Ole sudah menyatakan bahawa keputusan seri dengan Liverpool adalah titik kebangkitan Manchester United yang berhadapan dengan krisisi prestasi.
Di Stamford Bridge, Ole menurunkan gabungan pemain muda dan pemain senior. Pemain seperti Brandon Williams turut cemerlang. United tanpa David De Gea dan juga Paul Pogba.
United di hadapan menerusi penalti Marcus Rashford pada separuh masa pertama. Ianya selepas Daniel James dijatuhkan oleh Marcos Alonso.
Chelsea kemudian menyamakan kedudukan menerusi Michy Batshuayi. Walaubagaimanapun, Marcus Rashford memastikan United menang dengan sepakan percuma yang sangat cantik menewaskan Willy Caballero.
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Ole berkata: “Kami banyak berkunjung ke tempat lawan dalam beberapa perlawanan ini.”
'That's Manchester United'
Ole Gunnar Solskjaer insists his side are heading in the right direction after knocking Chelsea out of Carabao Cup | @SamiMokbel81_DM https://t.co/cvjHPtQ2XC pic.twitter.com/xYit0HF8F0
— MailOnline Sport (@MailSport) October 31, 2019
“Namun kami kini sedang berda dalam keadaan di mana semangat berpasukan kami sangat tinggi. Itu adalah gambaran karakter sebenar pasukan ini.”
Ole gembira kerana Manchester United bermain laju dan pantas dengan bola. Ia adalah sebaiknya dan selayaknya dilakukan oleh pasukan seperti Man United.
“Hari ini kami bermain dengan sangat cemerlang. Kami bermain ‘fast flowing football’. Itu baru Manchester United yang sebenar.”
“Sebelum ini kami berusaha untuk mengembalikan karakter sebenar itu ke dalam pasukan kami.”
“Ini bukanlah kekuatan maksimum pasukan kami, kami belu berada pada produk akhir. Namun kami kini sedang berada dalam proses peningkatan dan akan terus meningkat lagi.”
Ole Gunnar Solskjaer yakin pasukannya kini akan lebih yakin berhadapan dengan lawan mereka. Berbeza dengan beberapa minggu sebelum ini, di mana Ole merasakan Man United ada masalah keyakinan diri di atas padang.
Aksi seterusnya, Manchester United akan melayan kunjungan Bournemouth dalam saingan EPL.
Manchester Unite kini berada di tangga ketujuh dalam EPL. Peningkatan luar biasa daripada tangga ke-15, sebelum aksi menentang Norwich.
Mereka hanya 3 mata dari Arsenal yang berada di tangga kelima. Dan hanya beza tujuh mata daripada 4 teratas,