Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer yakin pasukannya akan mara ke final Piala Carabao pada edisi musim 2019/20.
Ini kerana beliau melihat kualiti yang dijelmakan oleh para pemainnya dalam perlawanan menentang Chelsea.
Manchester United akan berhadapan dengan pasukan League 2, Colchester dalam perlawanan suku akhir.
Perlawanan akan berlangsung di Old Trafford. Sepak mula perlawanan adalah pukul 4 pagi waktu Malaysia.
Selain itu, Ole Gunnar Solskjaer turut memberikan bayangan beliau akan melakukan beberapa perubahan di dalam pasukan yang akan bermain pada separuh akhir Piala Carabao menentang Colchester.
Ole menganggap aksi separuh akhir menentang Colchester adalah perlawanan besar.
"For us, this game is a big one."
There's a place in the semi-finals at stake, and Ole Gunnar Solskjaer says Man Utd are taking the Carabao Cup seriously.
👉 https://t.co/xQqTi6eluN pic.twitter.com/0Mi5blUDEH
— BBC Sport (@BBCSport) December 17, 2019
Solskjaer menegaskan, mereka mengambil serius Piala Carabao dan sudah menunjukkannya ketika berhadapan dengan Chelsea, di mana Man United menurunkan pasukan terkuat mereka.
Manchester United menang 2-1 ke atas Chelsea di Stamford Bridge dalam pusingan 16 pasukan akhir.
2 gol Marcus Rashford ketika itu membuatkan United mara dengan bergaya. Salah satu daripada gol Rashford adalah menerusi sepakan percuma yang Ole rasakan persis Cristiano Ronaldo.
Ole Gunnar Solskjaer compares Marcus Rashford to Ronaldo after Chelsea win https://t.co/QWo1r1uKEq pic.twitter.com/tmKfQvJyq0
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 31, 2019
Ole memberitahu wartawan: “Pasukan yang kami turunkan menentang Chelsea, sudah meunjukkan betapa seriusnya kami dalam kempen Piala Carabao kali ini.”
“Sekarang kami perlu melakukan beberapa perubahan di separuh akhir. Dan untuk kami ini adalah perlawanan yang besar.”
Ole mahu membina momentum paukannya dengan kemenangan ke atas Colchester pada malam ini. Ianya penting untuk mereka memperbaiki prestasi mereka di dalam Liga Perdana Inggeris.
“Walaupun kami bergelut dengan prestasi tak menentu dalam Liga Perdana Inggeris, namun ianya sangat penting untuk kami mengekalkan momentum dan percaya kepada pemain – pemain kami.”‘
Colchester clash has Solskjaer dreaming of Carabao Cup finalhttps://t.co/5tfTkupwLi pic.twitter.com/363jzXKqsH
— Sport24 (@Sport24news) December 18, 2019
Seterusnya Ole Gunnar Solskjaer sudah meletakkan harapan bahawa pasukan beliau akan beraksi di final Piala Carabao pada musim ini.
Beliau percaya, para pemainnya memiliki motivasi dan sikap yang terbaik untuk melakukannya pada kali ini.
“Motivasi dan karakter kami akan berada di tahap sebaiknya dan kami berharap untuk mara ke final,” tambah Ole lagi dengan nada cukup optimis.
Paul Pogba sudah kembali ke dalam pasukan. Namun meminta pelepasan 2 hari kerana sakit. Oleh itu, pemain tersebut tidak akan terlibat dalam tugasan kali ini.
Ole mahu sedar akan rekod yang tidak baik United di suku akhir. Di mana mereka disingirkan sebanyak 3 kali daripada 5 perlawanan suku akhir mereka.
Pada musim 2017/18 mereka disingkirkan oleh Bristol City di peringkat suku akhir.
Namun begitu, Ole optimis mereka akan mara ke final dan menjulang piala pertama di bawah kendaliannya.
Adakah Ole Gunnar Solskjaer akan mampu mara ke final Piala Carabao musim ini?
Mereka dijangka tiada masalaha mengenepikan cabaran pasukan di League 2 ataupun divisyen ke-3 bola sepak Inggeris itu.