Ole Gunnar Solskjaer melaungkan amaran bahawa para peminat Man United serta pasukan lawan akan melihat kehebatan sebenar Man United selepas ini.
Ini kerana Man United baru sahaja menerima kepulangan semula pemain penting mereka Anthony Martial.
Ole Gunnar Solskjaer yakin bahawa Anthony Martial akan memberikan kekuatan di bahagian serangan pasukan Man United dan sekaligus memberikan masalah kepada pasukan lawan mereka selepas ini.
Anthony Martial menjadi penjaring gol kemenangan ketika berhadapan dengan Partizan Belgrade dalam saingan UEL pada Jumaat lalu.
Ole dijangka akan terus meletakkan kepercayaan kepada Martial dalam aksi menentang Norwich City pada Ahad ini.
Bercakap kepada wartawan di Carrington pada Jumaat, Ole berkata: “Sebelum ini, kita gagal mencipta banyak peluang gol dan tidak banyak menjaringkan seperti mana yang kita rancang dan mahukan.”
“Namun kini Athony Martial sudah kembali ke dalam pasukan ini. Beliau menjaringkan gol pada Khamis lalu.”
“Dan anda semua akan melihat bagaimana kami akan meningkat selepas ini dengan kehadiran Martial. Ini kerana beliau memberikan kami perkara yang berbeza di dalam pasukan.”
Ole Gunnar Solskjaer on how Anthony Martial can solve one of Manchester United's biggest problems https://t.co/lHAvkICd6Z #mufc
— Indy Football (@IndyFootball) October 25, 2019
Ole masih menunggi beberapa pemain beliau yang lain untuk cergas, seperti Paul Pogba, Luke Shaw, Diogo Dalot, Nemanja Matic dan Axel Tuanzebe.
Manchester United memulakan minggu ini di tangga ke-14. Dan hanya 2 mata daripada zon penyingkiran.
Ole Gunnar Solskjaer yakin mereka akan memperbaiki kedudukan di dalam liga dan masih kekal optimis dengan matlamat asal mereka awal musim ini iaitu berada di 4 teratas.
Musim lalu, Man United menamatkan saingan di tangga ke-6 dan hilang slot dalam UCL.
Selepas menentang Norwich, Man United akan berhadapan dengan Chelsea pada Rabu, dalam saingan Piala Carabao.
Bercakap tentang perlawanan menentang Norwich.
“Saya sudah menonton aksi mereka melawan Liverpool. Saya nampak mereka adalah pasukan yang penuh dengan keinginan. Mereka sangat berani dan bermain dengan cara mereka serta terus mencuba.”
“Dan mereka juga berjaya mendapatkan beberapa keputusan positif termasuk mengalahkan Newcastle dan Manchester City.”
“Norwich adalah pasukan yang ada filosofi permainan yang jelas ketika mereka bermain.”
“Saya berharap kami akan dapat mengehntikan mereka. Kerana sentiasa sukar nak bermain di Carrow Road. Tetapi kami sudah bersedia.”
“Kami juga mendapat semula pemain seperti Aaron (Wan-Bissaka) dan Anthony.”
“Harapan saya agar kami akan segar dalam perlawanan itu dan berada dalam prestasi terbaik.”