Ole Kecewa: Manchester City Pun Gerun Dengan United, Tetap Kenapa Orang Cuma Puji Liverpool?

Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer, tidak gembira dengan media yang tidak memberikan pujian kepada pasukannya.

Sebaliknya memuji Liverpool yang menang ke atas Everton sebelum ini, dengan skuad muda.

Liverpool menang 1-0 ke atas Everton dalam saingan Piala FA dengan jaringan cantik oleh Curtis Jones.

Solskjaer, menyuruh orang menyemak purata umur pasukan yang beliau gunakan pada musim ini di EPL dan bandingkan dengan pasukan Liverpool pada hari itu.

Menurut Ole, beliau menggunakan pasukan  lebih muda daripada Liverpool dengan menurunkan pemain muda seperti Marcus Rashford, Mason Greenwood serta Brandon Williams, yang kini bermain sebagai pemain regular.

Selain itu, United juga menjadikan pemain muda seperti Wan Bisaka dengan Daniel James, sebagai sandaran mereka musim ini, dengan diturunkan dalam banyak perlawanan.

Solskjaer menganggap media pilih kasih dan tak memuji skuadnya, tetapi hanya memuji pasukan Liverpool.

Ole merasakan skuad mudanya berhak untuk mendapat lebih pujian daripada apa yang diterima mereka ketika ini.

Ole dalam rangka persiapan piala FA berhadapan dengan Wolves. Mereka menang 4-0 ke atas Norwich dalam aksi liga.

Ole berkata: “Semua orang teruja dengan pasuka  muda Liverpool yang menang ke atas Everton.”

“Sedangkan pasukan muda kami adalah paling muda, purata umurnya bermain dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.”

Manchester United akan berhadapan dengan Wolves dalam aksi timbal balik Piala FA berhadapan dengan Wolves, pada pusingan ketiga.

Ini selepas kedua duanya seri tanpa jaringan dan perlawanan pertama sebelum ini.

Selain daripada itu Ole juga menegaskan pasukan muda beliau digeruni lawan. Contohnya Manchester City menurunkan skuad terkuat mereka untuk berhadapan dengan mereka dalam aksi Piala Carabao, separuh akhir.

Ole Gunnar Solskjaer berkata: “”Apabila kamu bermain berhadapan dengan Manchester City di Piala Carabao, dan mereka menurunkan skuad terkuat mereka, maka kamu tahu di mana tempat kamu.”

Ole tetap merasakanManchester City menurunkan pasukan terkuat mereka meskipun tanpa Sergio Kun Aguero, Gabriel Jesus dan juga Ederson.

https://twitter.com/DevilsOfUnited/status/1216269406331981824?s=19

Manchester United kini dalam misi untuk mengejar 4 tempat teratas dalam carta liga.

Prestasi cemerlang trio serangan Man United kini menjadi igauan ngeri pertahan pasukan lawan.

Ole Gunnar Solskjaer juga dikatakan mahu membawa masuk beberapa pemain lagi untuk memperkuatkan pasukan dunia. Antara yang dikaitkan dengan United ialah Bruno Fernandes dari Sporting Lisbon.

Selepas aksi berhadapan dengan Wolves pada piala ulangan awal pagi esok, Manchester United akan berhadapan dengan Liverpool di Anfield pada hujung minggu ini.

Skuad Ole Gunnar Solskjaer sebelum menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya mencicirkan mata pasukan Liverpool pada musim ini.

Ianya pertarungan yang agak menarik untuk disaksikan. Ole Gunnar Solskjaer masih berteka-teki dengan pemilihan pasukan beliau untuk Piala FA sama ada benda merehatkan beberapa pemain utama bagi persiapan menentang Liverpool.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.