Ole: Itu Baru Sedikit, Kami Patut Dapat Lebih Banyak Gol

Ole Gunnar Solskjaer gembira dengan kemenangan 3-0 Manchester United ke atas Partizan Belgrade.

Ramai memuji aksi Man United yang disifatkan sangat baik dan cemerlang.

Namun begitu, pngendali dari Norway itu menyifatkan aksi United pada hari ini hanyalah sedikit sahaja daripada template permainan sebenar yang mereka.

“Sejam pertama, kami bermain sangat baik. Kami mencipta banyak peluang dan para pemain ada senyuman di wajah mereka. Dan saya juga melihat ramai penyokong tersenyum, begitu juga para jurulatih yang tersenyum.”

“Kami boleh menjaringkan lebih banyak gol. Namun kamu tidak boleh memiliki kesemuanya pada satu masa. Saya seorang yang tamak, dan saya sentiasa mahukan lebih banyak gol. Sentiasa nak lebih!”

“Saya dah kata dalam sidang media semalam, kadangkala kamu harus lihat balik perlawwanan ini dan anda fikir bahawa pemain kami patut dapat hatrik, ataupun lebih gol, namun kami cukup gembira dengan kemenangan 3-0.”

“Yeah, itulah sebabnya mereka bertiga digandingan bersama. Kita tahu mereka trio yang sangat bahaya, dibantu para pemain yang baik di belakang mereka, yang mampu menciptakan mereka peluang.”

“Syabas Mason Greenwood, untuk penyudah yang sangat, sangat tenang. Beliau tenang dan menunggu penjaga gol bereaksi.”

“Gol kedua menerusi Anthony Martial, mungkin skil terbaik pada malam inni. Beliau akan kerap berada di posisi tersebut dalam perlawanan.”

“Untuk beliau pergi keluar, dengan kaki kiri dan ianya bukan perkara yang pertahanan mahu lihat. Ianya bagus kerana beliau boleh masuk ke dalam dengan kaki kanan dan menyudahkan bola dengan kaki kiri.”

“Rashford berada di posisi terbaik dalam beberapa situasi. Rasanya beliau melakukan larian yang cantik. Ada beberapa hantara cantik diberikan kepada beliau dan kemudian beliau sudahkannya.”

“Namun penjaga gol lawan, hari ini melakukan beberapa save menarik dan ada beberapa ketika Rashford gagal menemui sasarannya. Namun saya rasa gol itu akan memberikan beliau lebih keyakinan.”

“Ini hanyalah sedikit daripada template permainan yang kami mahu mainkan, itu yang pasti.”

“Namun sudah pastinyta pasukan lawan yang membenarkan kamu bermain begitu. Bukan nak merendah-rendahkan Partizan, namun mereka memberikan kami banyak sekali ruang.”

“Pastinya, selepas kami menjaringkan gol pertama, mereka datang menyerang. Namun saya sukakannya kerana kami boleh pergi menyerang mereka dan memerlukan gol kedua dan ketiga.”

“Kerapkali ketika 1-0 kami gagal mendapatkan gol kedua. Namun budak-budak saya sudah belajar dan hari ini bukti apa akan berlaku apabila kami bermain baik walaupun kami tahu lawan kami bukannya pasukan sama kualiti dengan EPL. Namun, secara prinsipal, mereka tetap bagus.”

Ole kemudian berharap momentum ini akan diteruskan selepas ini termasuk dalam aksi EPL.

Sumber: Man United

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.