Luar biasa sekali apabila Ole Gunnar Solskjaer telah memberikan pengiktirafan kepada Martin Atkinson sebagai man of the match dalam aksi di antara Man United lawan Liverpool.
Manchester United mendahului menerusi jaringan pada separuh masa pertama, Marcus Rashford. Ianya bermula dengan kontroversi Victor Lindelof yang mengasari Divock Origi.
Para pemain Liverpool tak berpuas hati dengan pengadil dan juga VAR yang tidak membatalkan gol tersebut.
Liverpool menyamakan kedudukan pada lewat babak kedua menerusi pemain gantian, Adam Lallana.
Prestasi pengadil, Martin Atkinson menjadi perdebatan dalam perlawanan ini. Para penyokong Liverpool menganggap Martin Atkinson sebagai tidak cukup bagus dalam tugasannya.
Selain daripada kontroversi Victor Lindelof, Martin Atkinson dilihat tidak banyak memberikan foul kepada pemain United dan tidak memberikan sebarang kad kepada para pemain yang melengahkan perlawanan.
Jurgen Klopp turut mempertikaikan keputusan Martin Atkinson yang membenarkan gol tersebut.
Jurgen Klopp had a lot to say on the VAR check for Man Utd's goal. pic.twitter.com/GqjSXNLxMB
— BBC Sport (@BBCSport) October 20, 2019
Daniel James dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Selepas aksi cemerlang beliau melakukan assist kepada Marcus Rashford.
Namun pandangan Ole Gunnar Solskjaer ternyata berbeza. Menurut beliau, pemain terbaik perlawanan pada malam itu adalah Martin Atkinson.
Today's #MUFC Man of the Match, with 47 per cent of the votes: @Daniel_James_97 🙌#MUNLIV pic.twitter.com/04dqreZsWW
— Manchester United (@ManUtd) October 20, 2019
Ini kerana, di mata Ole, Atkinson telah menjadikan perlawanan derbi antara Manchester United dan Liverpool sebagai derbi yang selayaknya digelar derbi.
Bercakap kepada BBC selepast tamat perlawanan, Ole memberikan penghargaan kepada pengadil dengan berkata:
“Saya rasa pengadil hari ini berhak mendapat pujian. Kita jarang sekali memberikan pujian kepada pengadil.”
“Beliau menjadikan permainan derbi ini lancar, dan tidak seperti, kamu langsung tidak boleh sentuh pemain lain.”
Tentang insiden Lindelof, Ole menganggap mustahil ianya adalah satu foul kerana tiada kekasaran dilakukan.
“Itu langsung bukan satu foul. Saya rasa, tak akan Keano pun cakap benda tu foul.”
Absolutely incredible, Ole Solskjaer admits that Uniteds man of the match was the referee, pic.twitter.com/P3EG8cChdk
— Pat barrtt (@PBarrtt) October 20, 2019
Ole Gunnar Solskjaer sedang berusaha untuk memperbaiki prestasi Man United. Mereka masih berada di luar kelompok 10 teratas.
Namun beliau bangga dengan keputusan yang dicapai para pemainnya dan berharap keputusan seri menentang Liverpool akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan mereka pada musim ini.