Ole Iktiraf Bruno Fernandes Persis Scholes + Veron

Manchester United cemerlang dalam aksi berhadapan dengan Watford pada aksi ke-27 Liga Perdana Inggeris semalam.

Pasukan yang dipenuhi dengan bintang, Manchester United, jelas sekali tiada masalah untuk menewaskan pasukan bukan pilihan Watford.

Ole: Bruno Fernandes persis Scholes + Veron

Ole Gunnar Solskjaer telah menyamakan Bruno Fernandes sebagai pemain tengah yang persis Paul Scholes campuran Juan Sebastian Veron.

Gaya dan corak permainan beliau sangat memukau dan memuaskan hati para peminat yang hadir.

Setiap sentuhan beliau ke atas bola ibarat membelai indah bola tersebut dengan seni kaki yang cukup hebat.

Tiada syair indah dapat menggambarkan kehebatan Bruno Fernandes, hanyalah tabik hormat dan menyematkan gambarnya di dalam dompet, selayaknya sebagai tanda penghargaan.

Bruno Fernandes berjaya menjaringkan gol pertama beliau untuk Man United selepas  perpindahannya dengan nilai  £47 juta dari Sporting Lisbon pada bulan lalu.

Bruno menganggap gol tersebut sebagai impian menjadi kenyataan.

Fernandes menyumbang satu gol dan satu assist dalam aksi yang sangat memukau, lemak berkrim disukai Diva AA.

Malah penyokong di Old Trafford menjerit nama beliau: “Beruno, beruno, beruno.”

Bruno Fernandes telah dipilih sebagai pemain terbaik peralwanan. Beliau menjaringkan 1 gol dan mencatatkan satu assist dalam perlawanan ini.

Bruno Fernandes mendapat undian 81% daripadad peminat tegar Manchester United. Langsung tiada tandingan berbanding dengan mana mana pemain yang lain.

Ole puji Bruno

Selepas tamat perlawanan, pengurus sensasi Setan Merah iaitu Oleh Gunnar Solskjaer berkata: “Dia berasa dapat merasai kehadiran para pemain kami yang lain sejak minit pertama.”

“Beliau ada sikit campuran Scholes dan Veron. Dari segi perangai, mirip kepada Veron dan beliau memiliki kualiti yang banyak, sama seperti Scholesy (Paul Scholes),” kata Solskjaer.

Legenda United, Paul Scholes telah menikmati karier luar biasa bersama United. Pemain tersebut menjaringkan 155 gol untuk United dalam 716 perlawanan.

Sementara itu, bintang Argentina, Juan Sebastian Veron bermain 82 perlawanan untuk kelab Man United selepas perjanjian £28 juta pada 2001.

“Para kami dah biasa sangat melihat pemain yang ada personaliti, mentaliti dan kualiti itu,” tambah Solskjaer.

“Kami telah memperbaiki kedudukan kami dari tangga ke-10. Dan Bruno Fernandes adalah sebahagian besar daripada apa yang kita cuba laksanakan di sini, pada ketika ini.

Ole menganggap pembelian Bruno Fernandes sebagai yang sangat penting kepada beliau. Dan beliau juga berpendapat, Manchester United telah mendapatkan perjanjian terbaik menerusi pembelian Bruno Fernandes.

Man United hampiri Chelsea

Kemenangan ini juga membolehkan United kini hanya dibezakan tiga mata daripada pasukan di tangga keempat, iaitu Chelsea.

Manchester United masih berharap akan dapat menamatkan saingan musim ini dalam kelompok empat pasukan teratas, bagi membolehkan mereka mara ke Liga Juara Juara Eropah muim akan datang.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.