Ole Gunnar Solskjaer Yakin United Sudah Bersedia Untuk Berdepan Liverpool

Ole Gunnar Solskjaer menyatakan bahawa kunjungan Manchester United ke Anfield hujung minggu ini merupakan permulaan bagi mereka yang berada di puncak saingan liga.

United buat pertama kalinya mendahului saingan liga sejak kali terakhir mereka lakukan pada Januari 2013 yang mana tahun tersebut setan merah bergelar Juara.

Mereka kini kembali ke tempat asal dengan mendahului saingan premier league serta meninggalkan Liverpool tiga mata dibelakang.

Sejak kekalahan mereka kepada Liverpool pada Januari tahun lalu, United tidak pernah kalah dalam mana-mana perlawanan away dalam saingan liga.

Mereka memenangi 14 perlawanan dan mencatatkan tiga keputusan seri dengan tidak merekodkan sebarang kekalahan di tempat lawan dalam saingan liga.

Liverpool ketika menewaskan United pada musim lalu, mereka berjaya menjarakkan diri dengan kelebihan 30 mata, namun kini andai mereka tewas, mereka akan ketinggalan enam mata dibelakang setan merah.

Liverpool dalam usaha untuk menjadi pasukan pertama memecahkan rekod tidak pernah kalah United di tempat lawan dan setan merah pula mahu menjadi pasukan pertama menang di Anfield dalam saingan liga sejak 2017.

“Kami sedang dalam usaha untuk mencapai itu.”

Jelas Solskjaer.

“Kami menikmati setiap perlawanan dan di mana saja kami bermain, jika ia perlawanan pertama atau perlawanan terakhir, ia merupakan perbezaan yang besar.”

“Tapi, pada ketika ini, kami berada di mana kami ada dan kami ke sana dengan mengetahui bahawa kami akan bermain dengan pasukan terhebat untuk tempoh beberapa tahun ini. Mereka Juara bertahan.”

“Kami dalam usaha untuk ke arah itu dan ia ujian yang bagus untuk kami bertemu dengan pasukan yang hebat.”

“Kami semakin bagus dan bertambah bagus. Kami bermain dengan baik di sini pada musim lalu, kami bermain di halaman mereka lebih baik berbanding aksi kami di halaman sendiri. Ia sangat mengecewakan.”

“Kami sudah hampir separuh jalan mengharungi musim ini, jadi ia merupakan petunjuk untuk kami sedar di mana kami berada, namun tiada siapa akan ingat kedudukan liga pada 12 Januari.”

“Kami sudah bersedia untuk bertemu Liverpool dan kami mahu terus berada di puncak liga hingga akhir musim”

United telah memenangi tiga perlawanan terakhir mereka dalam saingan liga dengan kelebihan satu gol, dan Burnley pula hanya bolos lebih satu gol sahaja berbanding Chelsea di halaman mereka sendiri dalam saingan liga musim ini.

Skuad kendalian Sean Dyche hampir saja memberi ancaman ke gawang United dalam perlawanan ini, namun mujur saja skuad setan merah mampu mempertahankan gawang mereka dengan cukup baik sekali.

United berjaya mencatatkan keputusan clean sheet pertama di halaman lawan musim ini dan ia membuktikan mereka sudah mula memiliki mentaliti Juara menjelang lawatan ke Anfield hujung minggu nanti.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.