Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tidak berpuas hati kerana mereka tidak diarahkan mengambil semula 2 sepakan penalti mereka yang gagal disempurnakan.
Masalah gagal menyempurnakan penalti terus membelenggu Manchester United pada musim ini.
Ole Gunnar Solskjær: "We have two penalty-kick takers."
Pogba misses vs Wolves
Rashford misses vs Crystal Palace
Rashford misses vs Norwich
Martial misses vs Norwich— Football Factly (@FootballFactly) October 27, 2019
Dalam aksi menentang Norwich City, pasukan Manchester United menang 3-1. Namun anak buah Ole Gunnar Solskjaer gagal menyempurnakan 2 sepakan penalti.
Pertamanya menerusi Marcus Rashford dan keduanya menerusi Anthony Martial. Kedua-dua penalti itu diselamatkan oleh Tim Krul.
Meskipun menang, Solskjaer tetap mempersoalkan kenapa pengadil tidak memberikan peluang agar penalti itu diambil semula, untuk kedua-dua penalti itu.
“Rasanya, reaksi kami selepas kegagalan penalti itu sangat luar biasa. Kami mengejar, berlari dan memenangi bola semula, dan kemudian menjaringkan gol yang cantik.”
Ole mengakui penalti yang pertama itu tidak sepatutnya penalti. Dan beliau sempat bergurau menyatakan, itulah sebabnya Rashford sengaja tidak menjaringkannya. Kerana takut rasa bersalah.
‘Marcus did the honourable thing, it wasn’t a penalty’ – Ole Gunnar Solskjaer jokes about @MarcusRashford latest @manchesterunited penalty miss 😆
.
.
.
.
.#solskjaer #premierleague #epl #manutd #norwichcity #marcusrashford #penalty #viral #follow #football #news pic.twitter.com/3xowsHrBaz— sntv (@sntvstory) October 27, 2019
Walaubagaimanapun, Ole berpendapat bahawa, Tim Krul melakukan kesalahan dalam kedua-dua penalti Manchester United. Dan United berhak mendapat sepakan semula.
“Namun kami patut mendapat ‘retaken’ (sepakan semula) untuk kedua-dua penalti itu.”
“Ianya sangat senang dan mudah untuk memeriksa kedudukan penjaga gol ketika penalti itu diambil. Jika anda perhatikan dengan teliti, Tim Krul telah keluar daripada garisannya lebih awal.”
“Saya akui, Tim Krul mungkin salah seorang penjaga gol terbaik dunia dalam menyelamatkan penalti. Anda ingat pada Piala Dunia 2014? Ketika itu kalau tak silap Louis Van Gaal mengeluarkan Jasper Cillesen dan memasukkan Krul untuk penentuan penalti.”
“Krul sangat bijak dalam kelakuannya dan beliau juga rasanya boleh dikenakan kad. Ini kerana beliau berada jauh daripada kedudukan sepatutnya.”
Ole Gunnar Solskjaer hailed Canaries penalty hero Tim Krul – but insisted both spot-kicks the keeper faced should have been retaken. https://t.co/H6uekOVUei
— The Pink Un (@pinkun) October 27, 2019
“Oleh itu saya berpendapat kedua-dua penalti harus diambil semula.”
Manchester United melonjak jauh daripada tangga ke-15 (sebelum sepak mula) ke tangga ke-7, selepas tamat perlawanan.
Mereka kini hanya dibezakan 2 mata dari Arsenal yang berada di tangga ke-4. Ini selepas Arsenal seri dengan Crystal Palace.
Man United akan berhadapan dengan Chelsea dalam Piala Carabao selepas ini.