Ole Gunnar Solskjaer Dijangka Mudah Tewaskan Klopp

Ole Gunnar Solskjaer kini diletakkan sebagai calon pilihan utama untuk memenangi anugerah pengurus / jurulatih terbaik bulanan untuk Disember 2019.

Beliau melalui Disember yang sangat cemerlang bersama – sama dengan pasukan bimbingannya, Manchester United.

Ternyata calon – calon kali ini sama hebat dan sama padan. Ibarat buku bertemu dengan ruas.

Semalam panel Liga Perdana Inggeris telah mengeluarkan nama 3 calon akhir untuk merebut anugerah Pengurus terbaik bulanan bagi edisi bulan Disember 2019.

Anugerah terakhir untuk dekad lalu bagi pengurus.

Ada tiga nama yang layak untuk dinobatkan dengan anugerah tersebut. Mereka ialah:

  • Ole Gunnar Solskjaer (Manchester United)
  • Jurgen Klopp (Liverpool)
  • Nigel Pearson (Watford)

Agak menarik untuk Nigel Pearson yang kembali semula ke pengurusan pasukan Liga Perdana Inggeris dan dicalonkan sebagai finalis Anugerah Pengurus Terbaik bulan Disember 2019.

Nigel Pearson

Nigel Pearson memulakan karier baharunya di Watford pada bulan lalu dengan jayanya.

Nigel Pearson berjaya  membantu pasukan Watford menang dalam 2 perlawanan daripada 4 perlawanan liga yang mereka tempuhi.

Pearson dan Hornets menewaskan skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer iaitu Manchester United dalam aksi penuh mendebarkan di Vicarage Road.

Watford turut menang ke atas Aston Villa di tempat sendiri, dan mendapat 1 mata berharga ketika bertemu Sheffield dalam usaha mereka mahu kekal di EPL bagi musim hadapan.

Jurgen Kloop

Jurgen Klopp pula merekodkan 5 kemenangan daripada 5 kemenangan dalam bulan yang sangat padat bagi pasukan Liverpool untuk mereka pada Disember.

Bulan yang menyaksikan The Reds dan Klopp menjarakkan mata di puncak liga sebanyak 13 mata. Mereka menang dalam derbi Merseyeside, berhadapan dengan pasukan Everton.

Selain darupada itu juga, Liverpool menempa kemenangan dalam aksi pertarungan 2 pasukan teratas, Liverpool vs Leicester.

Liverpool hanya dibolosi 2 kali sepanjang Disember 2019 yang lalu.

Ole at the wheel

Namun kecemerlangan Ole Gunnar Solskjaer dijangka akan menjadi penghalang utama Jurgen Klopp dan Nigel Pearson.

Beliau sangat cemerlang dalam membantu Man United naik 4 anak tangga pada Disember. Man United memulakan Disember di tangga kesembilan, dan berjaya naik sehingga tangga kelima.

Ini sekaligus membolehkan Man United semakin dekat dengan slot ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

Manchester United menang 4 daripada 7 perlawanan mereka termasuk 2 kemenangan berhadapan dengan pasukan big six iaitu berhadapan dengan Tottenham, yang dibimbing bekas pengendali United, Jose Mourinho.

Ole turut cemerlang memimpin Manchester United menang dalam aksi derbi Manchester menentang Manchester City.

Ole Gunnar Solskjaer memang dikenali dengan rekod yang cemerlang berhadapan dengan pasukan big six.

Kecemerlangan beliau merencana taktikal dan juga strategi untuk Man United kerapkali membuatkan pasukan big six gigit jari, sepanjang Disember lalu.

Mourinho dan Pep Guardiola antara mangsa beliau musim ini.

Siapakah agaknya yang bakal memenangi Anugerah Pengurus Terbaik Disember untuk Liga Perdana Inggeris?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.