Manchester United gagal mencipta kemenangan dalam aksi menentang AZ Alkmaar dalam saingan Liga Europa.
Lebih malang, pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer gagal mencipta sebarang percubaan tepat (shots on target).
Namun begitu, pengendali Manchester United menyatakan beliau sangat gembira dengan keputusan itu, dan juga memuji aksi para pemainnya.
Perkara itu diluahkan sendiri oleh Ole Gunnar Solskjaer kepada wartawan, dalam sidang media selepas perlawanan kumpulan L.
Ini kerana menurut Solskjaer, apabila kamu datang ke tempat lawan, dan membawa pulang 1 mata, itu satu pencapaian yang baik.
Our second #UEL game of the season ends in a stalemate. #MUFC
— Manchester United (@ManUtd) October 3, 2019
“Saya sangat gembira dengan para pemain-pemain saya. Kami bertandang ke tempat lawan dengan aksi yang baik sekali.”
“Kami sepatutnya mendapat 3 mata. Penalti itu patut kami dapat. Namun kamu tak boleh membincangkannya.”
Solskjaer juga memuji aksi pasukan lawan yang disifatkan beliau bermain baik. AZ Alkmaar mencipta lebih banyak percubaan tepat ke arah pintu gol United dalam perlawanan ini.
Ole Gunnar Solskjær on the 0-0 draw with AZ Alkmaar:
🗣 "Very happy with the boys, we come away with a good performance. Should have been three points, a nailed on penalty. You cant even discuss it. Good performance against a good opponent on a very bad surface." pic.twitter.com/U6Pbw335QC
— Football Tweet (@Football__Tweet) October 3, 2019
“Satu persembahan terpuji daripada pasukan lawan kami di atas padang yang sangat teruk.”
“Jika kamu bermain di tempat lawan dalam aksi Europa League, membawa pulang 1 mata. Kemudian kamu menang di tempat sendiri, itu adalah bagus.”
Ole Gunnar Solskjaer is not happy with playing conditions at AZ Alkmaar
🗣"Worst pitch I've seen in a long time" pic.twitter.com/mCEtpDjBBC
— Football Daily (@footballdaily) October 2, 2019
“Kita akan ke Belgrade selepas ini, kita mahu menang dan cuba mempersiapkan pasukan sebaiknya.”
Manchester United ternyata perlu memperbaiki aksi mereka, terutama sekali ketika di tempat lawan. Mereka kini sudah 10 perlawanan tanpa kemenangan di tempat lawan. Itu bukan perkara yang bagus.
Perlawanan seterusnya, Manchester United akan berhadapan dengan Newcastle United, dan diikuti aksi menentang Liverpool.