Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan beliau sudah menemui formula terbaru yang beliau sifatkan sebagai: Penemuan cara menewaskan Liverpool dengan sangat baik / ‘nice way of playing’ against Liverpool’.
Ole mengingatkan wartawan bahawa mereka sebelum ini menjadi satu satunya pasukan yang berjaya membuatkan Liverpool keciciran mata di Old Trafford ketika seri 1-1, dalam aksi pada Oktober tahun lalu.
Menurut Ole, ketika itu pasukannya tidak sebagus yang ada pada hari ini. Di mana, pada sekarang ini Manchester United sudah menemui rentak permainan mereka.
Ole menyatakan perkara itu ketika diminta memberikan komen tentang perlawanan aksi menentang musuh abadi mereka iaitu Liverpool di Anfield.
Rahsia Liverpool dalam kocek Ole
Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan perkara tersebut, sebaik sahaja Manchester United menang ke atas Wolves dalam aksi Piala FA.
Man Utd boss Ole Gunnar Solskjaer plans on finding "nice way" to stop Liverpool https://t.co/akXmfZPQvJ
— Irish Daily Mirror (@IrishMirror) January 16, 2020
Liverpool kini sudah 38 perlawanan liga tanpa sebarang kekalahan. Dan mengutip 61 daripada 63 yang mereka ditawarkan. 2 mata yang Liverpool tercicir itu adalah di Old Trafford, di tangan pasukan Ole Gunnar Solskjaer.
Ole berkata: “Memanglah ini perlawanan yang sukar. Saya sudah berhadapan Liverpool dua kali, dan kedua-duanya kami berjaya seri.”
Man Utd boss Ole Gunnar Solskjaer plans on finding "nice way" to stop Liverpoolhttps://t.co/wTU0MXgEdT pic.twitter.com/ctHojJxyPJ
— GWP DIGITAL (@DigitalGwp) January 16, 2020
“Dah tentu kamu mahu menang ke atas mereka. Namun saya rasa kami sudah menemui cara baharu untuk bermain dengan mereka dengan sebaik mungkin. ”
“Dan kami juga selayaknya mendapat mata dalam 2 pertemuan dengan mereka sebelum ini.”
Ole mahu mempamerkan formula beliau itu dalam aksi pada Ahad ini dan mahu menewaskan Liverpool di hadapan penyokong mereka sendiri di Anfield.
Walaubagaimanapun, Ole agak resah dengan pemilihan pasukan. Di mana, pemain utama beliau, Marcus Rashford masih megalami kecederaan.
Namun Ole enggan mengenepikan dahulu pemain itu daripada senarai pemain yang akan beraksi di Old Trafford.
“Situasi Rashford, kita kena tunggu dan lihat. Kerana ada lagi beberapa hari sebelum saya bertemu dengan kamu semua sekali lagi. Dan masa itu kita akan bercakap tentang Liverpool.”
Menurut Ole, prestasi Rashford musim ini sangat cemerlang. Dan beliau agak sedikit kesal menurunkan pemain itu dalam aksi Piala FA. Namun itu risiko yang terpaksa diambil, menurutnya lagi.
That backfired': Ole Gunnar Solskjaer admits it was an error to bring Marcus Rashford on in win over Wolves as star man hobbles off 15 minutes later with back injury to give Manchester United major scare ahead of crunch Liverpool showdown pic.twitter.com/a72Bd7NSOA
— Afrena-TV (@AfrenaTv) January 15, 2020
Ole: Pasukan kami patut lebih dihormati
Sebelum ini, Ole telah meminta wartawan agar memberikan lebih kredit kepada pasukan muda mereka.
Ini selepas media hanya pandai memuji Liverpool ketika pasukan itu menang ke atas Everton dengan skuad kedua mereka yang muda.
Ole Gunnar Solskjaer, tidak gembira dengan media yang tidak memberikan pujian kepada pasukannya. Sedangkan Manchester City pun gerun dengan kualiti Man United
Liverpool menang 1-0 ke atas Everton dalam saingan Piala FA dengan jaringan cantik oleh Curtis Jones.
Solskjaer, menyuruh orang menyemak purata umur pasukan yang beliau gunakan pada musim ini di EPL dan bandingkan dengan pasukan Liverpool pada hari itu.
Menurut Ole, beliau menggunakan pasukan lebih muda daripada Liverpool dengan menurunkan pemain muda seperti Marcus Rashford, Mason Greenwood serta Brandon Williams, yang kini bermain sebagai pemain regular.
Ole: “Everyone raves about the reserve team that Liverpool put out to beat Everton in the FA Cup recently. Well our team is a year younger on average & we were able to get a point from Everton. So perhaps people should recognise what we’re doing too”. #mufc [MUTV]
— Matt (@MattSav7) January 12, 2020
Selain itu, United juga menjadikan pemain muda seperti Wan Bisaka dengan Daniel James, sebagai sandaran mereka musim ini, dengan diturunkan dalam banyak perlawanan.
Solskjaer menganggap media pilih kasih dan tak memuji skuadnya, tetapi hanya memuji pasukan Liverpool.
Ole merasakan skuad mudanya berhak untuk mendapat lebih pujian daripada apa yang diterima mereka ketika ini.
Ole dalam rangka persiapan piala FA berhadapan dengan Wolves. Mereka menang 4-0 ke atas Norwich dalam aksi liga.
Ole berkata: “Semua orang teruja dengan pasuka muda Liverpool yang menang ke atas Everton.”
“Sedangkan pasukan muda kami adalah paling muda, purata umurnya bermain dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.”
Manchester United akan berhadapan dengan Wolves dalam aksi timbal balik Piala FA berhadapan dengan Wolves, pada pusingan ketiga.
Ini selepas kedua duanya seri tanpa jaringan dan perlawanan pertama sebelum ini.
Selain daripada itu Ole juga menegaskan pasukan muda beliau digeruni lawan. Contohnya Manchester City menurunkan skuad terkuat mereka untuk berhadapan dengan mereka dalam aksi Piala Carabao, separuh akhir.
Ole Gunnar Solskjaer berkata: “”Apabila kamu bermain berhadapan dengan Manchester City di Piala Carabao, dan mereka menurunkan skuad terkuat mereka, maka kamu tahu di mana tempat kamu.”
Ole tetap merasakanManchester City menurunkan pasukan terkuat mereka meskipun tanpa Sergio Kun Aguero, Gabriel Jesus dan juga Ederson.
https://twitter.com/DevilsOfUnited/status/1216269406331981824?s=19
Manchester United kini dalam misi untuk mengejar 4 tempat teratas dalam carta liga.
Prestasi cemerlang trio serangan Man United kini menjadi igauan ngeri pertahan pasukan lawan.
Ole Gunnar Solskjaer juga dikatakan mahu membawa masuk beberapa pemain lagi untuk memperkuatkan pasukan dunia. Antara yang dikaitkan dengan United ialah Bruno Fernandes dari Sporting Lisbon.
Selepas aksi berhadapan dengan Wolves pada piala ulangan awal pagi esok, Manchester United akan berhadapan dengan Liverpool di Anfield pada hujung minggu ini.
Skuad Ole Gunnar Solskjaer sebelum menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya mencicirkan mata pasukan Liverpool pada musim ini.
Ianya pertarungan yang agak menarik untuk disaksikan. Ole Gunnar Solskjaer masih berteka-teki dengan pemilihan pasukan beliau untuk Piala FA sama ada benda merehatkan beberapa pemain utama bagi persiapan menentang Liverpool.