Prestasi cemerlang trio serangan Rashford-Martial-Greenwood dalam aksi menentang Partizan bukti bahawa formula Ole Gunnar Solskjaer menjadi.
Ole berkata, formula beliau adalah untuk memastikan Greenwood dapat bermain pada musim ini dengan melepaskan Lukaku dan Alexis Sanchez ke pasukan lain.
Ole tidak menyesal melepaskan Alexis dan Lukaku. Walaupun bintang Belgium, Lukaku cemerlang bersama Inter. Sanchez masih lagi bergelut dengan kecederaan.
Ole menganggap keputusan melepaskan 2 pemain itu adalah kerana beliau percaya, ia akan membolehkan pemain seperti Greenwood mendapat peluang untuk bermain.
Ole Gunnar Solskjaer mendapati Greenwood antara pemain muda berbakat dan menepati falsafah permainan beliau.
Selain itu Ole Gunnar Solskjaer hanya mahukan pemain yang memiliki sikap yang betul sahaja berada di dalam pasukan.
Ole seakan-akan menyindir Lukaku yang merengek mahu ke Inter Milan sedangkan beliau masih ada kontrak dengan Manchester United.
Solskjaer sentiasa memuji sikap Martial dan Rashford yang disifatkan beliau sentiasa positif. Malah Ole membandingkan Rashford dengan Cristiano Ronaldo.
Ole turut menyatakan, Martial merupakan penyelesaian penting kepada krisis kreativiti dan ketajaman mereka di serangan.
Jadi, 3 pemain tersebut telah secara tak langsung berjaya digabungkan selepas Ole mengeluarkan pemain yang dianggap tak sesuai dengan falsafah beliau.
Formula Ole Gunnar Solskjaer kelihatan semakin menjadi. Di mana di dalam aksi menentang Partizan trio tersebut menjaringkan gol, setiap seorang daripada mereka.
Greenwood turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dengan 1 gol dan 1 assist.
Ole berkata: “Ianya sentiasa berkaitan kita sepasukan diitambah dengan falsafah saya untuk memberikan pemain muda dengan sikap yang betul, peluang untuk bermain.”
“Ianya mengambil masa beberapa tahun untuk beliau (Greenwood) menyerlahkan diri beliau, dan ia berbaloi.”
“Saya kini mengurus untuk Manchester United bukannya untuk diri sendiri.”
OGS says @ManUtd right to let Lukaku + Sanchez go so Greenwood got chances: "Always been our + my philosophy to give young players with right attitude a chance. If it takes a couple of years for him to come through, it’s worth it. I’m managing for Man United, not for me."
— Simon Stone (@sistoney67) November 8, 2019
Mason Greenwood turut dipilih untuk mewakili England dalam tugasan Bawah 21 tahun yang akan datang.
Mason Greenwood, Phil Foden and Reece James all in Eng U21 squad.
— Simon Stone (@sistoney67) November 8, 2019
Ole dalam sidang media selepas perlawanan menentang Partizan menyatakan setiap orang, termasuk pemain, jurulatih dan penyokong tersenyum gembira melihat aksi yang dipamerkan Man. United.
Beliau menyatakan itu hanyalah permulaan dan hanya sedikit daripada template permainan yang mahu mereka laksanakan di dalam permainan.
✅ @ManUtd 3 – 0 @FKPartizanBG
️⚽️ 21' @_MasonGreenwood
️⚽️ 33' @AnthonyMartial
️⚽️ 49' @MarcusRashford🙌 Ole Gunnar Solskjaer has nothing but praise for all 3 of his strikers getting onto the scoresheet. pic.twitter.com/bXBRz53qYc
— SPORF (@Sporf) November 8, 2019
Beberapa hari lalu, Marcus Rashford melaungkan amaran bahawa Man United akan menamatkan saingan di 4 teratas.
United akan kembali beraksi dalam EPL pada hujung minggu ini berhadapan dengan Brighton di Old Trafford.
Ole sudah menyatakan beliau mahu para pemain meneruskan rentak cemerlang itu di dalam saingan EPL.