Pengurus Manchester United menganggap kritikan kepada De Gea sebagai tidak berasas. Malah beliau menepis cadangan untuk mempertimbangkan menggantikan De Gea dengan Dean Henderson yang kini sedang cemerlang.
De Gea sekali lagi membuat kesilapan yang mengejutkan ramai pihak. Beliau menendang bola yang terkena pada Dominic Calvert Lewin. Kesilapan yang membuatkan United keciciran 2 mata berharga.
Namun begitu Ole Gunnar Solskjaer menyatakan secara terbuka tentang pandangan beliau atas De Gea.
Meskipun statistik menyatakan De Gea sudah melakukan 7 kesilapan yang membawa padah, di mana ia mencetuskan gol kepada pasukan lawan, namun Ole Gunnar malah menyatakan bahawa beliau tak perasan dengan semua tu.
7 – David De Gea has made seven errors leading directly to an opposition goal in the Premier League since the start of last season, the joint-most alongside Martin Dubravka and Bernd Leno. Shocker. pic.twitter.com/WNoCTxhxds
— OptaJoe (@OptaJoe) March 1, 2020
Yang Ole tengok hanyalah seorang pemuda Sepanyol yang bangkit semula daripada kes kecurian donat satu ketika dahulu dan memperbaiki musimnya pada musim ini.
Roy Keane antara yang lantang mengutuk, memaki, mengherdik dan membantai De Gea di studio.
Namun berbeza dengan Ole yang memiliki ciri ciri pemimpin bijaksana. Ole menegaskan dua musim sebelum ini De Gea dalam keadaan sangat sukar dan musim ini De Gea bangkit semula mempamerkan kebolehan ultra yang dia miliki.
Ole turut mengklaim David De Gea sebagai penjaga gol terbaik dunia pada ketika ini. Ole tidak perlukan anugerah FIFA Best ataupun Trofi Yashin untuk mengiktiraf De Gea, kerana baginya semua itu tak penting.
“Dia menghadapi kesukaran dalam karierny sejak beberapa musim lalu. Namun pada musim ini, De Gea bermain dengan sangat sangat bagus.”
“Saya tidak ingat pun bila masa dia melakukan kesilapan? Boleh dikatakan tak ada, kecuali masa lawan Watford.”
Bercakap soal kedudukan De Gea sebagai penjaga gol no.1 di Old Trafford, Ole memberikan jaminan 100% kepada penjaga gol itu.
“Saya masih lagi percayakan David 100% sebagai penjaga gol nombor satu kami.”
“Saya rasa, David telah memberikan reaksi yang sangat bagus selepas melakukan kesilapannya. Dia menafikan percubaan bahaya jarak dekat oleh Sigurdsson.
“David pada pandangan saya, dia masih lagi penjaga gol nombor satu dunia ketika ini.”
❌ Alisson
❌ ter Stegen
❌ OblakOle Gunnar Solskjaer says he still believes David de Gea is the "best goalkeeper in the world" despite another error in yesterday's draw at Everton. 👀
What do you think? 🤔 pic.twitter.com/tqbpMvz2ae
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) March 2, 2020
“Pemain seperti Dean Henderson adalah pencabar yang sangat bagus untuk posisi beliau, begitu juga dengan Sergio Romero, yang merupakan pesaing yang hebat.”
“Kami gembira, kerana kami memang mahu setiap bahagian, depan, belakang, kiri dan kanan kami ada persaingan sengit di antara pemain.”
Manchester United seri 1-1 di Goodison Park. Selepas kesilapan De Gea, pasukan Man United kembali bangkit dengan gol Bruno Fernandes.
Fernandes melakukan rembatan yang sangat cantik. Boleh dikatakan gol tercantik di Eropah pada minggu ini.
Fernandes sangat cemerlang sejak menyertai Man United. Bukti beliau memilih kelab yang betul dengan jurulatih berkelas dunia dan fasiliti berkelas dunia yang ada di United, Bruno Fernandes meningkat naik dengan cepat.