Ole Dan Penyokong Man United Berikan Darjah Kebesaran ‘New Ronaldo’ Kepada Rashford

Cristiano Ronaldo merupakan penyerang legenda dalam sejarah Manchester United. Beliau antara pemain terbaik di dalam sejarah bola sepak dunia.

Sejak meninggalkan Manchester United, nama Ronaldo telah menjadi penanda aras penting kepada mana-mana penyerang baharu yang bermain untuk Man. United.

Antara yang pernah diberikan pangkat New Ronaldo sebelum ini termasuk Angel Di Maria, Memphis Depay, Adnan Januzaj, Alexis Sanchez dan ramai lagi.

Dalam aksi menentang Chelsea semalam, Marcus Rashford menjaringkan 2 gol. Gol pertama menerusi sepakan penalti dan gol kedua menerusi sepakan percuma.

Sepakan percuma itu sangat cantik. Ianya seperti misil yang dilancarkan dari kaki Rashford.

Ole memulakan pujian dengan menyatakan Marcus Rashford adalah persis Cristiano Ronaldo. Bercakap kepada MUTV, Ole berkata, cara Rashford bermain dan menjaringkan 2 gol berhadapan dengan Chelsea mirip kepada kualiti Ronaldo.

“Persis Ronaldo bukan? Rashford ini pemain yang sangat kental, nak ambil penalti, tiada masalah, beliau menonjolkan dirinya dan membantu kita menang.”

Ole menyatakan beliau tidak terkejut dengan sepakan percuma Rashford yang menerjah gawang itu. Kerana menurutnya, dia sudah banyak menyaksikan sepakan seperti itu di sesi latihan.

“Saya rasa Rashford banyak sekali berusaha untuk teknik sepakan percuma beliau. Saya mahu menjadikan Rashford seorang penyerang yang melakukan tap-ins mudah ke dalam gol.”

“Namun beliau pula berterusan menjaringkan gol-gol cantik. Beliau berlatih banyak sekali dan hari ini mendapat pulangannya.”

“Rashford ada karakter yang hebat dan mentaliti yang hebat. Saya beritahu beliau pagi ini (sebelum perlawanan), jika kita dapat penalti lagi hari inim kamu ambilnya, kamu tentukanlah ke mana sahaja kamu nak sasasrkan bola semanis yang kamu suka.”

Rakan sepasukan Rashford, Victor Lindelof turut memuat naik gambar yang menyamakan Rashford dengan Ronaldo dengan gambar Ronaldo sedikit dikaburkan.

Lindelof menyatakan: “Sudah pasti saya pernah melihatnya sebelum ini…” diikuti emoji roket.

Para penyokong Man United juga gembira di media sosial dengan kejayaan mereka mendapatkan Ronaldo Baru.

Ada yang menyatakan mereka sudah lama tahu. Berbeza dengan segelintir penyokong yang kerap meragui kemampuan Rashford.

Marcus Rashford terus menjadi kegilaan penyokong Man United, sehingga ada yang meminta beliau menanggalkan topengnya, kerana mereka tahu di sebalik Rashford adalah Ronaldo.

Adakah selepas ini Marcus Rashford akan menjadi versi New Ronaldo yang lebih baik berbanding dengan pemain seperti Memphis Depay mahupun Angel Di Maria, apatah lagi Adnan Januzaj?

Rashford perlu membuktikan kualiti dirinya untuk memastikan beliau menepati label sebenar New Ronaldo.

Rashford merupakan pemain yang dilahirkan daripada sistem akademi Manchester United. Beliau baru sahaja mendapat kontrak lumayan di Manchester United pada musim ini.

Pada usia yang sangat muda, Rashford sudah menjadi pemain penting untuk negaranya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.