Ole Gunnar Solskjaer telah mempertahankan David De Gea dan menyatakan itu adalah kesilapan pertama dilakukan oleh penjaga gol dari Sepanyol itu.
Dalam aksi menentang Watford, De Gea telah melakukan kesilapan yang mengejutkan ramai pihak. De Gea gagal untuk menampan kemas bola yang ‘misshit’ daripada Ismaila Sarr.
Empat minit kemudian, Aaron Wan Bissaka pula memberikan penalti kepada pasukan lawan, yang disempurnakan oleh Troy Deeney.
Man United kecundang 2-0 di tangan pasukan di tangga tercorot, Watford dalam aksi Liga Perdana Inggeris minggu lalu.
Ole berkata: “Gol pertama itu adalah sangat besar, dan ianya hasil daripada kesilapan pemain kami. Begitu juga dengan gol kedua mereka, juga kerana kesilapan pemain kami yang melakukan bentesan tidak kemas.”
“Jadi, 2 gol dalam masa 3 minit untuk mereka meletakkan kami dalam keadaan sukar.”
Ole kemudian memberitahu teori beliau tentang kesilapan De Gea yang menurutnya merupakan kesilapan pertama penjaga gol itu.
Sebenarnya, sejak musim lalu, De Gea sudah melakukan 6 goalkeeping errors yang memberikan lawan gol.
6 – Since the start of last season, no player has made more errors leading to goals in the Premier League than David de Gea (6). Gifts. #WATMUN pic.twitter.com/RIpNYWZYi5
— OptaJoe (@OptaJoe) December 22, 2019
Dan ia merupakan paling banyak dilakukan oleh penjaga gol dalam EPL setakat ini.
Beliau juga sudah melakukan 2 kesilapan penjaga gol dalam dua perlawanan berturut-turut dalam liga.
Berbalik kepada teori Ole, beliau menjelaskan kesilapan itu berlaku kerana De Gea sudah memikirkan langkah seterusnya. De Gea satu langkah di hadapan pemain lain ketika itu.
Di mana De Gea mahu melancarkan serangan balas selepas beliau menangkap bola itu. Oleh sebab itu fokus beliau terbahagi dua dan akhirnya terlepas bola mudah tersebut.
Ole menjelaskan ini hanya teori beliau kerana masih belum bercakap lagi dengan salah seorang penjaga gol terbaik dunia itu.
“Saya belum bercakap lagi dengan De Gea tentangnya.”
“Satu perkara yang kami cuba lakukan setiap kali beliau menangkap bola adalah, kami akan cuba bergerak pantas untuk aksi seterusnya.”
Beliau enggan menganggap kesilapan dalam perlawanan Everton adalah kesilapan De Gea. Tetapi Ole menuduh itu adalah kesilapan pengadil dan tidak dikira sebagai kesilapan penjaga gol.
His 'first' mistake, according to Ole Gunnar Solskjaer…https://t.co/mmAi1K2aXg
— TEAMtalk (@TEAMtalk) December 23, 2019
“Bagi saya, itu kesilapan pertama daripada beliau. Minggu lalu adalah daripada sepakan percuma, rasanya itu tidak perlu dibincangkan (dikira dalam kesilapan) kerana beliau jelas sekali disiku dekat muka.”
“Itu adalah kesilapan pengadil bukan kesilapan penjaga gol.”
Ole kemudian yakin kesilapan itu tidak akan menjejaskan prestasi De Gea. Ini kerana De Gea pemain yang hebat dan rajin.
“David penjaga gol yang penuh dengan keyakinan dirri dan beliau sentiasa berlatih dengan baik. Tidak perlu risau dengan beliau.”
“Ianya kesilapan yang akan berlaku dalam bola sepak. Jadi, sebab itulah kami berlatih setiap hari untuk memastikan kesilapan itu tidak berlaku lagi.”
“David adalah pemain yang sangat bagus sejak akhir-akhir ini. Itu hanyalah salah satu benda yang boleh berlaku.”