Ole Anggap Ranking Tak Penting Sekarang Ini, Cuma Pelik United Tak Dapat Tujuh Gol

Ole Gunnar Solskjaer memberikan pujian tak terhingga kepada anak buahnya. Beliau menyifatkan aksi semalam adalah yang terbaik dipamerkan mereka musim ini.

Solskjaer memberikan 2 perkataan keapada aksi United iaitu, mengujakan dan menghiburkan.

Manchester United menang 3-1 ke atas Brighton untuk mendaki ke tangga ketujuh dalam carta liga. Sekaligus mencerahkan lagi peluang Manchester United dalam usaha mengejar 4 teratas.

Namun di sebalik kemenangan 3-1 Manchester United itu, Ole Gunnar Solskjaer tetap pelik, bagaimana Setan Merah gagal mendapat lebih banyak gol.

Minggu lalu, Ole pernah menyatakan beliau seorang yang tamak dan sentiasa mahukan lebih banyak gol, selepas kemenangan Man United ke atas Partizan.

Dan perkara yang sama diluahkan Ole selepas tamat aksi menentang Brighton. United mendapat gol menerusi Andreas Pereira, 1 gol sendiri Davey Propper dan 1 lagi gol menerusi Marcus Rashford.

Manakala pasukan pelawat mendapat 1 gol sagu hati menerusi Lewis Dunk.

Ole berkata: “Itu adalah aksi terbaik kami musi ini. Aksi cemerlang daripada para pemain. Apabila anda melihat mereka menyerang, anda akan terasa sangat seronok menontonnya.”

“Namun, entah macamamana kami tak menamatkan perlawanan ini dengan jaringan sebanyak lima, enam, ataupun tujuh gol. Itu kami tak tahu.”

“Tetapi, apa yang pasti ini aksi yang mengujakan dan menghiburkan. Dan seronok saya melihat para pemain menikmati perlawanan ini.”

“3 minggu sejak rehat antarabangsa yang lalu, ketika kami kali terakhir menentang Liverpool, kami ketika itu menang 5 kali dan sekali kalah.”

“Kalah di tangan Bournemouth sangat mengecewakan. Kami ada banyak benda untuk kami buktikan dan perlu lakukan.”

“2 perlawanan terakhir ini sangat baik dengan banyak permainan menyerang. Kami harus mendapat lebih banyak gol. Namun fokus kami memang ada. Dan para pemain pun gembira.”

“Ramai pemain muda menunjukkan aksi memberangsangkan dan belajar. Mereka belajar daripada pelajaran yang sukar. Namun mereka berjaya belajar sesuatu.”

Seterusnya, Ole menyatakan ranking dalam carta liga tidak begitu penting buat mereka ketika ini. Kerana fokus mereka adalah untuk meningkatkan gaya permainan dan keyakinan.

“Kedudukan liga tidak penting buat masa ini. Yang penting kami perlu terus meningkatkan diri dan terus memenangi perlawanan dan tengoklah, ke mana ianya akan membawa kami.”

Ole Gembira dengan prestasi Anthony Martial dan juga Brandon Williams. Bek kiri United, Brandon Williams, merupakan pemain muda yang diundi oleh peminat Man United sebagai pemain terbaik perlawanan untuk aksi menentang Brighton.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.