Ole Gunnar Solskjaer percaya tunjuk perasaan penyokong yang menentang Glazer di Old Trafford sebenarnya telah meninggalkan kesan terhadap pemikiran dan prestasi pemain.
Manchester United telah berdepan dengan dua kekalahan secara berturut-turut dalam aksi saingan premier league baru-baru ini.
Pertama sekali setan merah telah dikejutkan dengan kekalahan bertemu Leicester dan terbaru mereka telah diaibkan oleh Liverpool dengan kekalahan 4-2 di Old Trafford.
Ole ramping up the pressure to dissuade fans from demonstrating about the club's owners the Glazers. He is at risk of losing his well earned legendary status if he keeps indulging in this public brown-nosing. The reason we lose is Ole’s love of Pogbahttps://t.co/myAcW87Zfp
— Jerry Wong (@istoked) May 18, 2021
Dek kerana aksi bertemu Liverpool sebelum ini terpaksa ditunda selepas diganggu oleh para penyokong, skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu terpaksa berdepan dengan jadual yang cukup padat.
Dalam tempoh tiga hari, Manchester United terpaksa turun beraksi dalam saingan liga bertemu kedua-dua Liverpool dan Leicester.
Perlawanan yang menemukan semula antara setan merah bertemu Liverpool minggu lalu turut berdepan dengan gangguan dari para penyokong yang melakukan protests terhadap Glazer.
Walau bagaimanapun, perlawanan tersebut tetap berjaya diteruskan namun setan merah terpaksa akur dengan kekalahan 4-2 di halaman mereka sendiri.
Ole Gunnar Solskjaer has blamed supporter protests for Manchester United’s recent home losses #MUFC https://t.co/fkDsik1eqG
— Telegraph Football (@TeleFootball) May 17, 2021
Dan bercakap ketika sidang media menjelang aksi pertemuan bertemu Fulham, pengurus dari Norway itu tampil mengakui yang penunjuk perasaan itu merupakan punca utama mengapa United berdepan dengan dua kekalahan terakhir ini.
“Saya cuma tak mahu gunakan itu sebagai alasan kerana kami kalah dua perlawanan, tapi tentunya ada sebab sebalik persembahan buruk yang dipamerkan oleh para pemain.”
Jelas Ole Gunnar Solskjaer.
“Secara fizikalnya memang sangat sukar untuk turun dan bermain dengan intensiti dan di tahap yang diperlukan kerana jadual perlawanan yang padat, kemudian lihat pula pada persiapan di antara perlawanan, kami tak sempat melakukan recovery, rutin yang sama sepatutnya kamu selalu lakukan, kami tak sempat merancang taktikal baru dengan cara yang sama.”
“Saya tak kata ia tidak memberi kesan kepada mereka tapi saya sangat berbangga melihat bagaimana profesionalnya mereka dan bagaimana mereka berdepan dengan semua ini.”
Manchester United were forced to alter their pre-match preparation for Liverpool amid fan protests.
Ole Gunnar Solskjaer is proud of how his players handled it. pic.twitter.com/odgOrP2Nk0
— Goal (@goal) May 14, 2021
“Tidak ada antara mereka yang merungut dan itu merupakan satu hal yang besar untuk saya, kami tak pernah mengeluh, kami hanya akan melihat apa yang kami boleh lakukan dan bagaimana kami mampu untuk memaksimumkan usaha. Kami sudah cuba melakukan semua itu tapi kami gagal peroleh hasilnya.”
“Saya rasa suasana dalam semua kelab, perhubungan antara kelab dengan penyokong sangat penting untuk menghasilkan sesuatu di atas padang. Kita semua manusia biasa dan kami akan berusaha untuk melakukan semampu kami untuk mendapatkan semula keyakinan para penyokong dengan cara yang positif.”
Man United akan menyambut semula 10,000 penyokong mereka yang bakal kembali ke Old Trafford untuk perlawanan pada minggu ini.
Solskjaer sangat berharap perlawanan akan dilangsungkan dengan lancar dengan tidak ada sebarang keganasan yang berlaku.
“Sejak kali terakhir kita ada penonton yang masuk ketika bertemu Man City, ia merupakan suasana terbaik pernah saya rasakan di Old Trafford dalam perlawanan liga. Untuk kali ini, kita akan menyambut semula para penyokong dengan cara yang sangat positif.”
🗣"We have tried to keep it a close as possible."
Ole Gunnar Solskjaer talks about Manchester United preparations ahead of the Liverpool game amidst the fan protests outside Old Trafford saying his squad are good at adapting #MUNLIV pic.twitter.com/VR6rHghfQt
— Football Daily (@footballdaily) May 13, 2021
“Kami sudah lama menanti, sangat lama kami nantikan para penyokong untuk kembali. Sudah tentu, beberapa perlawanan di Old Trafford sebelum ini, terutama ketika bertemu Liverpool, ditambah dengan protests, ia memang sangat tidak menyenangkan melihat kelab yang tidak bersatu.”
“Jadi, kami berharap untuk aksi pada minggu ini, semuanya akan berjalan dengan lancar dan kita akan maju bersama-sama. Itulah cara terbaik untuk bermain bola sepak.”
“Itu memang tugas saya untuk menyediakan skuad dan memastikan mereka bermain dengan baik. Mereka akan menikmati hari tersebut kerana bakal bertemu penonton dan dapat kembali beraksi di hadapan peminat setia kelab.”
“Sudah tentu, semua orang berharap aksi perlawanan bertemu Fulham tidak akan diganggu oleh sebarang keganasan atau hal-hal lain.”
Ole Gunnar Solskjaer says #MUFC want to earn wins over #LCFC and #LFC this week to give fans something to celebrate amid protests against the Glazers.
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) May 11, 2021
“Saya kenal penyokong Manchester United, mereka penyokong terbaik pernah saya jumpa dan saya telah menjalin hubungan yang sangat baik dengan mereka. Mereka tahu bagaimana untuk menyokong skuad jadi saya tak rasa akan ada penonton yang mahu buat hal pada hari tersebut.”