Ole Gunnar Solskjaer menyatakan bahawa trio penggempur Manchester United pada hari ini boleh menjadi jelmaan trio Ronaldo-Rooney-Tevez yang ada pada satu ketika dahulu.
Dan beliau memberitahu media bahawa mereka kini sedang bekerja untuk menjadikan perkara itu adalah realiti. Segala perancangan dan formula sedang berjalan lancar ketika ini di Old Trafford.
Ini termasuk latihan, perancangan masa depan dan juga pemberian minit perlawanan.
Manchester United akan berhadapan dengan Liverpool di Anfield pada aksi Ahad.
Ole memberikan komen beliau tentang gandingan Martial, Rashford Dan Greenwood: “Kita boleh melihat bertiga beraksi sangat baik.”
“Kami berjaya mengikat mereka dengan kontrak panjang. Dan kita sedang melihat mereka bertiga sedang meningkat menjadi trio serangan yang sangat mengujakan.”
“Saya ada di dalam pasukan ini ketika bersama Ronaldo, Tevez dan Rooney. Itu yang kita dan peminat Manchester United mahukan mereka jadi.”
Manchester United boss Ole Gunnar Solskaer has compared Marcus Rashford, Mason Greenwood and Anthony Martial to Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney and Carlos Tevez https://t.co/loZt1cY3D6
— The Final Whistle (@finalwhi) January 17, 2020
Ketiga tiga penyerang ini sudah menjaringkan 39 gol bersama sama musim ini.
Malah ada penyokong Manchester United membandingkan mereka bertiga dengan trio serangan Liverpool.
Goals this season:
Martial, Rashford & Greenwood: 39
Mane, Salah & Firmino: 37 pic.twitter.com/eeieKnqoaB
— Red Devil Bible (@RedDevilBible) January 15, 2020
Mereka bertiga ternyata sandaran utama Man United pada musim ini. Apabila tiga pemain ini berada di atas padang mereka akan membuatkan pertahanan lawan kegerunan.
Man Utd's last 15 Premier League goals:
⚽️ Rashford
⚽️ Rashford
⚽️ Rashford
⚽️ Martial
⚽️ Greenwood
⚽️ Martial
⚽️ Greenwood
⚽️ Rashford
⚽️ Martial
⚽️ Martial
⚽️ Rashford
⚽️ Rashford
⚽️ Rashford
⚽️ Martial
⚽️ Greenwood pic.twitter.com/TkO3qvZUFP— Pug (@tigermilk20) January 11, 2020
Namun agak malang apabila Marcus Rashford mengalami kecederaan dalam aksi berhadapan dengan Wolves pada pusingan ketiga Piala FA sebelum ini.
Rashford mungkin tak akan dapat beraksi di Anfield bersama dengan dua lagi gandingan beliau itu.
Ole Anggap Greenwood Persis RvP
Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini pernah berkata penyudah Mason Greenwood persis bekas penyerang United, Robin van Persie.
Robin Van Persie dikenali dengan keupayaannya menyudahkan peluang gol dengan sangat tenang.
https://twitter.com/utdxtra/status/1218277916854947842?s=19
Ole sangat kagum dengan Mason Greenwood yang banyak sekali mengingatkan beliau kepada penyerang dari Belanda itu.
Ketika wartawan bertanya adakah Solskjaer benar-benar menganggap Mason Greenwood persis Robin Van Persie, Solskjaer berkata beliau memang serius memaksudkannya.
“Ya sudah tentu. Beliau sangat tenang dalam menyudahkan peluang gol,” tegas Oleh yang minggu lalu melihat Ronaldo pada diri Rashford.
“Apa yang dilakukan Mason Greenwood adalah semulajadi kepada beliau, saya tidak fikir dia tahu sama ada dia berada pada kedudukan kaki kanan atau kiri adalah yang terbaik.”
Jadi, ketika itu Solskjaer sudah menyatakan beliau dalam pertimbangan untuk memberikan pemain itu kesebelasan utama dalam EPL buat pertama kali musim ini.
“Mason akan menikmati karier yang sangat besar pada masa akan datang. Namun ia memerlukan beberapa tahun lagi untuk beliau menjadi pemain yang berada dalam prestasi terbaik. Namun ia berbaloi buat kami.”
Ole on how impressed he is with Mason Greenwood
🗣"He finishes like Van Persie" pic.twitter.com/wwiba68eiP
— Football Daily (@footballdaily) November 8, 2019
Solskjaer sebelum ini turut mendedahkan beliau merancang untuk memberikan Mason Greenwood lebih banyak minit pada musim ini. Itulah sebab beliau berani melepaskan Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez serentak.
Solskjaer melihat Greenwood akan menjadi pemain penting dalam usaha beliau membentuk trio serangan bersama Martial dan Rashford.
Solskjaer melihat 3 pemain tersebut memiliki ciri-ciri penyerang United sebenar yang bermain dengan sepenuh hati untuk kelab mereka.
Solskjaer sendiri pernah memuji Greenwood sebagai penyerang paling semulajadi di hadapan gol di antara kesemua pemain yang beliau ada pada musim lalu.
Namun beberapa minggu lalu Ole menyatakan beliau tak kenal pun dengan Van Persie dan mempersoalkan kenapa Van Persie lantang mengkritik beliau. Sambil meningatkan Van Persie bahawa jersi 20 dipakainua dulu adalah milik Ole.
Ole Anggap Rashford Adalah Ronaldo Baharu
Kemudian, Ole pernah memuji Rashford sebagai jelmaan Cristiano Ronaldo.
Ole Gunnar Solskjaer menghamburkan pujian beliau kepada penyerang mudanya, Marcus Rashford dan menganggap pemain itu adalah persis Cristiano Ronaldo.
Ini bukan pertama kali Ole Gunnar Solskjaer melabel Rashford sebagai Ronaldo baharu.
Namun beliau mengulangi kenyataannya selepas kejayaan Man United menang dalam aksi menentang Manchester City. Di mana Rashford menjadi penjaring gol pertama perlawanan.
Man United menang 2-1 di hadapan penyokong Manchester City. Selain daripada Rashford, 1 lagi gol United sumbangan Anthony Martial.
Kemenangan United ke atas City itu memberikan masalah kepada skuad bimbingan Pep Guardiola yang berada 14 mata di belakang Liverpool.
Beberapa bulan lalu, Solskjaer melabel Rashford persis Ronaldo, gara-gara gol sepakan percuma pemain itu ke atas Chelsea. Rashford membantu Manchester United menyingkirkan Chelsea daripada Piala Carabao.
Rashford musim ini banyak bermain di sayap kiri, iaitu posisi yang menjadi kegemaran Ronaldo sebelum pemain itu berpindah ke Real Madrid.
Ronaldo turut menang Ballon d’Or dengan bermain di posisi serangan kiri itu.
Oleh itu Ole merasakan sangat senang mahu mencari persamaan di antara kedua-dua pemain ini. Kerana kedua – duanya memiliki bentuk badan, skil dan teknik yang hampir sama.
Ole berkata: “Sangat mudah nak membandingkan Rashford dengan Cristiano Ronaldo.”
“Ianya memang sangat mudah nak mencari persamaan di antara 2 pemain ini, ya.”
“Kedua-duanya memiliki skil, bentuk badan, sikap dan keupayaan – kesemuanya adalah mirip. Ketika muda, kedua-duanya telah memiliki segala peluang untuk menjadi pemain yang terbaik di dunia.”
“Harapan saya, agar Rashford terus membangunkan dirinya seperti ini.”
"Both with skills, body shape, attitude, attributes – everything."
Ole Gunnar Solskjaer has claimed that Marcus Rashford could become as good as Cristiano Ronaldo – do you agree? 🤔
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) December 10, 2019
Rashford kini menjadi penjaring utama Manchester United. Dan Ole sudah menyatakan bahawa pemain itu perlu mencabar dirinya untuk mendapatkan lebih banyak gol musim ini.
Solksjaer juga menegaskan Rashford merasai tekanan untuk memperbaiki ketajamannya di hadapan gol selepas pemergian Romelu Lukaku ke Inter Milan.
“Saya malas nak bercakap tentang jumlah gol beliau lakukan. Selagi-lagi beliau kekal positif dan berfikiran lebih direct ketika ada peluang gol, apabila ada peluang beliau akan menjaringkan gol.”