Novak Djokovic berjaya menewaskan Daniil Medvedev di Melbourne seterusnya mengesahkan Grand Slam ke-18 beliau sepanjang kariernya.
Pemain Tenis nombor satu dunia itu awalnya diambang kegagalan selepas ditimpa kecederaan pada awal minggu lalu.
Walau bagaimanapun, dengan semangat dan tekad yang tinggi, beliau berjaya meneruskan aksi dalam kejohanan ini dan melayakkan diri ke perlawanan akhir.
The most successful players in Grand Slam history …
🇨🇭 Roger Federer – 20
🇪🇸 Rafael Nadal – 20
🇷🇸 Novak Djokovic – 18 🆕
🇺🇸 Pete Sampras – 14
🇦🇺 Roy Emerson – 12
🇦🇺 Rod Laver – 11
🇸🇪 Bjorn Borg – 11
🇺🇸 Bill Tilden – 10 pic.twitter.com/Gk5kBSfDzF— Osimpam Sport Corner (@OsimpamSportsGH) February 21, 2021
Lebih manis lagi, dalam perlawanan akhir beliau berjaya menumpaskan lawannya dan menjulang Grand Slam ke-18 beliau.
Melbourne merupakan gelanggang kegemaran Djokovic sejak awal kariernya bahkan pada tahun 2021 ia masih menjadi medan kegemarannya.
Djokovic mengharungi laluan yang agak sukar sebelum ke perlawanan akhir hingga beliau terpaksa mengeluarkan skill-skill terbaiknya sepanjang pusingan awal kejohanan.
Peringkat suku akhir beliau bertemu Alexander Zverev dan ia merupakan salah satu perlawanan paling sengit untuknya.
🏆 18TH GRAND SLAM! 🏆
Novak Djokovic triumphs for the 9th time at @AustralianOpen mastering a Daniil Medvedev unable to play his best tennis 7-5 6-2 6-2 #AusOpen pic.twitter.com/sHLUjvqA1Z
— We Are Tennis (@WeAreTennis) February 21, 2021
Pemain dari Jerman itu beraksi dengan sangat baik hingga membuatkan pilihan utama kejohanan berasa ngeri dalam pertarungan tersebut.
Walau terpaksa melalui detik kesukaran, Djokovic tetap berjaya untuk mara ke perlawanan akhir untuk bertemu dengan Medvedev.
Dalam perlawanan akhir, beliau sekali lagi mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa hebat untuk mengesahkan kejuaraan ke-9 di acara terbuka Australia.
Medvedev jelas tidak berpeluang untuk menghalang Djokovic merangkul Grand Slam ke-18 beliau selepas tewas 7-5, 6-2 dan 6-2.
Kemenangan ini menjadi sangat manis untuk Djokovic yang merekodkan 9 kali kejuaraan di Australian Open seterusnya merangkul Grand Slam ke-18 beliau sepanjang kariernya.
That's how happiness look like 🥳:)
Novak Djokovic scores a three-set win his 18th Grand Slam title 🏆@DjokerNole | #AusOpen pic.twitter.com/QUCad4KxRV
— Kung Fu 🐼 (@KungFuKislay) February 21, 2021
Untuk rekod, Djokovic telah melengkapkan rekod bersihnya dalam perlawanan final Australia Open, 9 kali mara ke final dan 9 kali Djokovic memenanginya.
Bintang berusia 33 tahun itu kini hanya perlu memenangi dua lagi Grand Slam untuk menyamai rekod 20 Grand Slam milik Roger Federer dan Rafael Nadal.
18. Novak Djokovic in the last square of the #AusOpen: ➡️ 18 wins, 0 losses.
▫️ 2008: ✅✅ (🏆)
▫️ 2011: ✅✅ (🏆)
▫️ 2012: ✅✅ (🏆)
▫️ 2013: ✅✅ (🏆)
▫️ 2015: ✅✅ (🏆)
▫️ 2016: ✅✅ (🏆)
▫️ 2019: ✅✅ (🏆)
▫️ 2020: ✅✅ (🏆)
▫️ 2021: ✅✅ (🏆) pic.twitter.com/0794YxsSx5— Osimpam Sport Corner (@OsimpamSportsGH) February 21, 2021
Sepertinya beliau tiada masalah untuk melakukan itu dengan usianya yang masih muda beserta persembahan yang tidak pernah mengecewakan.