Norza: BAM Tidak Kuno Seperti Didakwa

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Norza Zakaria kecewa dengan tuduhan
bahawa BAM perlu dirombak kerana sudah tepu.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris berjudul: Total Revamp and House Cleaning, dalam kenyataan mereka membidas BAM yang terus berada di takuk lama.

BAM digambarkan gagal dan kaku dalam pengurusan mereka yang tidak langsung membantu pembangunan badminton negara.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia ketandusan bakat elit dan terlalu bergantung kepada pemain seperti Lee Chong Wei.

Norza memberitahu wartawan, BAM tidaklah seteruk yang digambarkan. Namun beliau akui ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki lagi.

Norza juga menyatakan bahawa: “BAM sentiasa terbuka mendengar kritikan yang membina daripada media. Namun laporan akhbar tersebut memberikan imej tidak tepat, dengan menggambarkan BAM dalam keadaan kucar-kacir.”

Norza juga memberitahu BAM kini dipacu orang-orang yang berkaliber termasuk bekas pemain, dalam membuat keputusan teknikal. Jadi beliau menyatakan, tuduhan daripada penulis tersebut sebagai tak berasas.

Norza juga menegaskan bahawa BAM sentiasa mengkaji semula pelan dengan adanya nasihat daripada Pengarah Kejurulatihan dan jurulatih kebangsaan, yang telah membuat beberapa penambahbaikan sejak beberapa tahun lepas, tambah kenyataan tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.