Noel Gallagher berkata beliau percaya saingan Premier League sepatutnya sudah dibatalkan beberapa minggu lalu.
Malah beliau berpendapat satu-satunya sebab ia belum lagi ditamatkankan ialah kerana Liverpool yang sedang mendahului untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 30 tahun.
Skuad kendalian Jurgen Klopp mempunyai kelebihan 25 mata berbanding pesaing terdekat, Manchesyer City dengan baki sembilan perlawanan pada musim ini.
He does believe the current campaign should have been cancelled 'weeks ago'https://t.co/TkMvWrHNYo
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) May 13, 2020
Bekas bintang kumpulan Oasis itu yang merupakan penyokong setia Man City juga mengakui beliau tidak merindui bola sepak kerana kelebihan selesa yang dimiliki Liverpool.
“Kerana Liverpool sudah memiliki kelebihan 25 mata, maka ia tiada apa yang istimewa lagi,” ujar beliau di konti Sarapan Pagi talkSPORT.
Kenapa tidak tabalkan saja Liverpool?
“Pada saya liga patutnya ditamatkan saja berminggu-minggu lalu. Berikan saja mereka [Liverpool] trofi itu. Mereka akan menang juga akhirnya.
“Dalam diri saya berkata jika ianya bukan Liverpool, misalnya Chelsea atau Man City, liga sudah pasti telah ditamatkan.
“I think it should’ve been voided weeks ago. Just give Liverpool the trophy.” 🏆
“They should be looking towards next season. If one player gets it, it’s over.” ❌
“If it wasn’t #LFC going for the title it would’ve been voided already.” 🔴
Do you agree with @NoelGallagher? 🤔 pic.twitter.com/9gzh12S6iX
— talkSPORT (@talkSPORT) May 13, 2020
“Saya tidak berpendapat perlu ada naik turun [kelab Championship dan PL]. Mereka harus fokus kepada musim hadapan mulai sekarang.
“Jika mereka berusaha menamatkan musim ini, maka musim depan akan jadi kelam kabut.”
Pemain tidak dilayan dengan adil
Gallagher yang merupakan penyokong CIty sejak lebih 40 tahun lali berkata pemain Premier League telah dikritik dengan tidak wajar sepanjang penularan wabak ini.
“Saya tidak suka cara pemain bola sepak dipersalahkan sejak dari mulanya, dan sekarang semua pihak mahu memaksa mereka kembali bermain bola sepak,” tambah beliau.
Noel Gallagher has his say on ending the Premier League season and Liverpool's title bid.https://t.co/xRtODhwO3k pic.twitter.com/AIjnil1IsW
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) May 13, 2020
“Ia amat mudah. Mereka enngan melakukannya [bermain bola sepak] jika ia membahayakan diri mereka. Jika salah seorang dari mereka terkena jangkitan, maka segalanya musnah.”