“No Van Dijk, No Problem” – Klopp

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata beliau tidak berapa risaukan kecederaan yang menimpa pemain pertahanan Virgil van Dijk dalam perlawanan persahabatan menentang Red Bull Salzburg baru-baru ini.

Pemain antarabangsa Belanda itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-55 selepas mengalami luka di kepala dalam perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 di Austria itu.

Klopp kemudian mengesahkan pemain berusia 29 tahun itu tidak akan disisihkan lama akibat kecederaan tersebut.

“Virgil [Van Dijk] cuma kelihatan seperti bertindik dengan plaster di atasnya,” kata Klopp kepada website Liverpool.

“Ia tidak sepatutnya [memberikan masalah], tidak akan ada masalah. Buat masa sekarang memang ia nampak teruk, tapi tidak akan ada masalah.”

Liverpool akan berhadapan dengan Arsenal di Piala Komuniti pada Sabtu akan datang sebelum memulakan misi mempertahankan kejuaraan pada 12 September.

Dalam perlawanan menentang Salzburg, Liverpool terlebih dahulu dikejutkan dengan dua gol awal daripada RB Salzburg pada minit ke-3 dan ke-13 hasil jaringan pemain muda, Patson Daka.

 

Kesilapan Van Dijk yang cuba meniru ‘no-look defending’ Harry Maguire adalah punca gol kedua.

Pemain pertahanan paling sensasi dan terbaik dunia ketika ini Virgil van Dijk kemudian terpaksa dikeluarkan pada awal babak kedua kerana kecederaan.

Satu berita yang kurang baik dan tidak menyenangkan pada mulanya dari kem Liverpool.

Pada minit ke-63 pertukaran besar-besaran dilakukan Juryen Klopp di mana Tsimikas, Grujić, Brewster, Elliott, Hoever, Adrián dan Koumetio masuk menggantikan Mane, Salah, Gomez, Robertson, Williams, Alisson dan Wijnaldum.

Selepas itu terjadilah aksi kebangkitan luar biasa daripada Liverpool yang sinonim dengan gelaran King of comeback.

Rhian Brewster menjadi wira dengan menjaringkan dua gol pada minit 72 dan 81 untuk mengimbangi jaringan dan kedudukan ini kekal hingga tamat perlawanan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.