Bola sepak adalah sukan yang dikaitkan dengan lekaki sejati. Walaupun kini sukan bola sepak juga dimainkan oleh wanita.
Brazil merupakan negara yang sangat sinonim dengan bola sepak. Tidak kira bola sepak lelaki mahupun wanita.
Mereka ada liga bola sepak yang agak besar. Dan ramai sekali produk berbakat telah mereka hasilkan.
Namun begiut di Brazil, daripada kira-kira 600 orang pemain profesional mereka yang bermain di liga Brazil, hanya seorang sahaja yang memakai jersi no.24.
Ianya memang pelik kerana di negara lain, tiada masalah untuk memakai no.24.
Di Brazil ianya menjadi perkara yang sukar untuk diterima oleh pemain apabila diberikan no.24. Ini kerana jersi itu merujuk kepada lelaki yang berorientasikan hubungan sejenis ataupun suka mengunyit.
(Admin terpaksa elak terlalu berterus terang dengan istilah 3 huruf tu, takut kena ban dengan Facebook).
Tidak pasti kenapa. Ia tidak ada kaitan dengan sial ataupun suwey. Tetapi di Brazil ia memang merujuk kepada lelaki yang tertawan dengan lelaki lain.
No.24 dalam permainan kad popular disebut ‘Jogo di bicho’ yang juga terjemahannya permaina kad haiwan. Nombor 24 merujuk kepada ‘veado’ ataupun rusa.
Veado adalah bahasa Portugis dan ianya dekat dengan Viado yang merujuk kepada kejian homofobik di Brazil.
Out of 600 players in Brazil, only one wears the No. 24 shirt because it is considered “gay.” @_marcus_alves on Brazilian football’s problems with homophobia.https://t.co/XWfkB7FZXo
— B/R Football (@brfootball) October 13, 2019
Oleh itu ramai pemain akan terus menolak daripada memakai no.24. Kelab turut tidak mahu memberikan nombor itu kepada pemain utama.
Ini kerana kelab juga tidak mahu diejek kerana adanya pemain bernombor 24 di atas padang.
Namun kini, sudah ada usaha yang agresif dilakukan aktivis di Brazil agar menamatkan stereotaip berbentuk homofobik ini. Mereka mulai melancarkan kempen pelangi.
#LevanteBandeira🌈 #BahiaContraHomofobia pic.twitter.com/MnkxWQBa5M
— Esporte Clube Bahia (@ECBahia) September 15, 2019