Niko Kovac pada awalnya dilaporkan dipecat oleh Bayern Munich. Ini gara-gara Bayern Munich diaibkan oleh Eintracht Frankfurt 1-5 dalam aksi liga.
Selain itu, prestasi tidak menentu Bayern Munich juga menjadi sebab kenapa beliau dipecat.
Bayern Munich dalam kenyataan ringkas mereka menyatakan kedua-dua pihak membawa haluan masing-masing.
FC Bayern parts ways with Niko Kovac. pic.twitter.com/xl0sjaZAqC
— FC Bayern English (@FCBayernEN) November 3, 2019
Tetapi BILD melaporkan bahawa pengurus itu bukan dipecat. Sebaliknya Niko Kovac sendiri yang meletakkan jawatan, atas dasar bertanngungjawab.
Ianya bertentangan dengan laporan awal oleh BILD sendiri yang melaporkan Niko Kovac dipecat.
Kovac terlebih dahulu meletak jawatan sebelum dipecat. Sebelum ini Bayern Munich sudah memberikan amaran kepada Kovac dan beliau diberikan 2 perlawanan lagi untuk membuktikan sesuatu. Ini terutama sekali aksi Der Klassiker menentang Borussia Dortmund pada 10 November ini.
Namun tak sempat pun Bayern Munich nak menilai beliau, Kovac sudah angkat kaki.
Musim lalu, Kovac gagal memberikan kejayaan UCL kepada Bayern Munich walaupun mendapat beberapa pemain yang beliau mahukan di dalam pasukan.
Beliau juga mendapat tentangan daripada beberapa pemain termasuk James Rodriguez pada musim lalu yang terang-terang mengutuk taktikal beliau.
James kemudian gagal mendapatkan kontrak tetap dengan Bayern Munich gara-gara kelakuan beliau ke atas Niko Kovac.
Selain itu, Robert Lewandowski juga pernah secara terbuka mengkritik taktikal Kovac ketika mereka disingkirkan Liverpool dari UCL musim lalu.
Lewandowski menganggap Bayern terlalu bertahan di bawah Kovac dan ianya bukan karakter sebenar untuk sebuah pasukan agung dari Jerman.
Bayern Munich akan segera mencari pengganti Niko Kovac. Bayern sudah ada beberapa senarai pengganti. Antara nama yang dikaitkan ialah Max Allegri.
Sepanjang bersama Bayern Munich, Kovac membantu pasukan itu menjulang Bundesliga dan Piala DFB Pokal.
Thank you and good luck, Niko Kovač! #MiaSanMia pic.twitter.com/WaQQ6xjZWs
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) November 3, 2019
Bayern Munich kini berada di tangga ke-4 dalam carta Bundesliga daripada 5 kemenangan 3 seri dan 2 kekalahan.
Niko Kovac: ❌
Who’s next? 😬 pic.twitter.com/BpVrZEbnoo
— B/R Football (@brfootball) November 3, 2019
Namun begitu, perjalanan Bundesliga masih lagi panjang untuk ditempuh. Bayern Munich sudah beberapa kali dalam sejarah mereka bangkit daripada situasi seperti ini dan menjuarai liga.