Nike adalah jenama pengeluar sukan yang sangat berpengaruh di dunia. Bagi yang meminati Nike ini, mereka pastinya menganggap jenama ini sebagai no.1 di dunia.
Atlet seperti Michael Jordan, Maria Sharapova, Cristiano Ronaldo dan Tiger Woods antara nama-nama besar yang berjaya diikat Nike dengan kontrak jutaan dollar setahun.

Nike diasaskan pada 1964 oleh Blue Ribbon Sports di bawah pegangan saham Bill Bowerman. Pada awalnya operasinya, Blue Ribbon Sports adalah pembuat kasut untuk jenama kasut Jepun, Onitsuka Tiger yang kini dikenali Asics.
Pada 1971, Nike akhirnya memiliki syarikat penuh mereka sendiri dengan nama Nike Inc. Pada saat syarikat ini ditubuhkan mereka meminjam $1,200 daripada bank. Angka yang agak besar ketika itu.
Bowerman bekerjasama dengan jurulatih balapan dan acara padang iaitu Phil Knight yang menjadi pengasas bersama yang menubuhkan Nike Inc.
Knight pada awalnya mahu menggelarkan nama syarikat mereka Dimension 6. Namun selepas beberapa hari memerah otak, Knight terjumpa satu etimologi Greece iaitu nike (disebut ny-kee). Dalam bahasa Greece, Nike merujuk kepada tuhan kejayaan.

Kisah Mesin Waffle
Kasut pertama Nike dibuat pada 1971 digelar Nike Waffle Trainer. Segalanya bermula apabila Bill Bowerman melihat bentuk waffle yang dibuat isterinya untuk sarapan pagi.
Knight mendapat idea untuk menghasilkan tapak kasut yang penuh cengkaman seperti waffle. Knight telah menggunakan pemanas (iron) waffle isterinya untuk menghasilkan tapak kasut Nike Waffle yang kemudiannya dipatenkan oleh Nike.
Anda boleh baca penerangan ini dalam laman rasmi Nike: BILL BOWERMAN INDUCTED INTO NATIONAL INVENTORS HALL OF FAME
Nike kemudiannya cuba mencari logo untuk jenama mereka. Pada 1971, seorang pelajar rekaan grafik Universiti Portland, Carolyn Davidson menghasilkan logo Nike.
Carolyn diberikan insentif $35 pada ketika itu. Namun Nike kini dikatakan telah memberikan Carolyn $640,000 hasil daripada kerja beliau itu dahulu. Pada 2015, tulisan Nike dikeluarkan daripada logo.

Carolyn sebenarnya mengambil bidang rekaan grafik selepas semua kursus lain penuh. Beliau perlu memilih satu lagi kursusu elektif ketika menamatkan pengajian beliau.
Kini, Carolyn sudah tidak bekerja lagi dengan Nike dan menjadi sukarelawan. Yang pasti beliau sentiasa mendapat royalti hasil daripada logo yang ringkas bernilai 35 dollar dihasilkan beliau.
Slogan Just Do It
Ayuh lakukannya! Itulah makna Just Do It. Dari mana asal slogan ini dicipta?
Dalam satu dokumentari khas tentang pengiklanan The Origins of Just Do It (Art and Copy 2009), satu siri telah mengeluarkan fakta yang menarik tentang slogan Just Do It oleh Nike.
Ramai yang tidak tahu asal-usul slogan ini. Bermacam-macam versi dicipta oleh media tentangnya. Peminat Nike sendiri ramai tidak tahu akan asal-usul slogan ini.
Perkataan itu rupa-rupanya diambil daripada pembunuh bersiri Gary Gilmore. Gilmore dijatuhkan hukuman tembak sampai mati pada 1977. Ketika menjalani hukuman, Gilmore telah diminta menyebut kata-kata terakhir, dan dia berkata:
‘Let’s Do It’
Kata-kata akhir Gilmore itu menjadi bualan hangat di akhbar ketika itu. Dan itu yang mendorong Nike menggunakan slogan dengan ‘Just Do It’.
https://www.youtube.com/watch?v=oYC_5_9B1qY
Anda boleh buat carian video tentang hukuman tembak Gary Gilmore ini di youtube.
Kempen besar-besaran untuk Just Do It dilakukan pada 1988 dengan poster menarik lelaki 80 tahun berlari merentasi Golden Gate Bridge.
Tajaan
Nike menguatkan pengaruh mereka dengan menaja atlet-atlet ternama dari seluruh dunia. Kuasa publisiti Nike sangat besar. Dan ia telah dilakukan sejak dahulu lagi.
Atlet yang mendapat tajaan paling tinggi daripada Nike adalah Michael Jordan meskipun beliau sudah lama bersara. Nike mengeluarkan jenama khas Air Jordan ketika atlet paling popular dalam sejarah NBA ini dalam prestasi kemuncak.
Pada Jun 2017, Forbes mengeluarkan senarai atlet yang mendapat tajaan terbesar oleh Nike termasuk bayaran royalti adalah:
1. Michael Jordan: $110 juta
2. LeBron James: $32 juta
3. Kevin Durant: $25 juta
4. Cristiano Ronald $22 juta
Jelas sekali, Michael Jordan mendahului senarai atlet lain dengan margin yang sangat besar. Ada 3 atlet yang berjaya memenangi tajaan seumur hidup oleh Nike iaitu Michael Jordan, LeBron James dan Cristiano Ronaldo.
Berbalik kepada sejarah penajaan. Atlet pertama yang mendapat tajaan Nike ioalah Ilie Natase pada 1972. Atlet tenis berbakat namun seorang yang agak nakal. Berhadapan dengan banyak penggantungan dan dibatalkan penyertaan kerana sikapnya.
Ilie juga pernah membuat kontroversi memakai jenama Adidas yang merupakan seteru utama Nike.

Pada 1978, Nike menjadi syarikat pertama menggunakan The Beatles dengan lagu Revolution di dalam iklan mereka untuk promosi Air Max.
Kedai Nike terbesar bukanlah di ‘rumah’nya di USA tetapi di London berlokasi di Oxford Street. Kedai yang menelan ko £10.5 juta dengan keluasan 42,000 kaki persegi.
Sumber