Nicky Butt: Adnan Januzaj (aka New Ronaldo), Adalah Kekecewaan Terbesar Man United

Ketua Pembangunan Bakat pasukan utama Manchester United iaitu Nicky Butt menganggap Adnan Januzaj adalah perkara yang paling mengecewakan berlaku di Manchester United.

Hal ini kerana mereka gagal untuk menjadikan pemain itu sebagai bakat elit dalam bola sepak dunia.

Kalau mengikut perkiraan mereka sebelum ini, Januzaj pada hari ini sudah berada di tahap superstar dalam bola sepak global. Sebari dengan nama seperti Kylian Mbappe, Neymar, Messi dan Ronaldo.

Tetapi jelas sekali pemain itu pada hari ini adalah bakat yang dilupakan. Beliau ada potensi yang sangat besar ketika masih muda. Sama dengan apa yang sedang dinikmati oleh Mason Greenwood.

Beliau diserap ke dalam pasukan utama pada usia yang sangat muda.

Harapan Manchester United adalah untuk menjadikan Januzaj sebagai pemain berkelas dunia tidak kesampaian.

Butt berkata: “Bagi saya, kekecewaaan terbesa kelab ini adalah Adnan Januzaj. Saya tidak pernah lagi melihat pemain muda berbakat sehebat dia, selepas Ryan Giggs dahulu.”

“Ketika itu beliau luar biasa. Pada usia sangat muda Januzaj bermain di tahap profesional dan kami percaya dia akan menikmati karier yang gemilang.”

“Beliau patut boleh menjadi superstar dalam bola sepak pada hari ini.”

“Saya tahu dia pun jutawan hari ini kerana bola sepak dan tidak risau tentang membayar bil. Tetapi pada pandangan saya, dia patut mencapai lebih lagi dalam kariernya.”

Januzaj menyertai Manchester United pada 2011 dan diserap masuk ke dalam pasukan senior pada 2013. Namun beliau hanya menjadi pemain simpanan yang tidak digunakan pada perlawanan terakhir Sir Alex Ferguson.

Di bawah kendalian David Moyes, Adnan Januzaj melakukan debut. Beliau melakukan aksi luar biasa menentang Sunderland dengan menjaringkan 2 gol. Ketika itu United menang 2-1.

Dan bakatnya semakin menjadi perhatian dunia. Malah mulai mendapat jolokan Ronaldo baharu. Lebih lebih lagi kedua-duanya sama tarikh lahir, cuma beza tahun.

Namun selepas itu prestasinya merudum, dan semakin kurang mendapat minit perlawanan di bawah Louis Van Gaal.

Januzaj masih diberikan peluang bermain dengan pasukan elit. Ini apabila Louis Van Gaal menghantar beliau secara pinjaman ke Borussia Dortmund.

Beliau tetap gagal memberikan aksi optimum. Januzaj kemudian bergabung semula dengan David Motes di Sunderland pada ketika itu, usia beliau sudah pun 24 tahun.

Namun karier Januzaj terus nampak statik. Malah di dalam pasukan kebangsaan Belgium beliau tidak dapat menjadi pemain pilihan utama dengan bakat yang sarat ada di sana.

Lantas Nicky Butt menganggap Adnan Januzaj sebagai perkara yang paling mengecewakan pernah berlaku dalam Manchester United.

Namun Butt mahu ianya dijadikan pengajaran kepada United dalam pembangunan pemain selepas ini. Tidak mahu akan ada lagi kes seperti Adnan Januzaj.

Ketika ini United ramai pemain muda berbakat termasuk Brandon William dan juga Mason Greenwood.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.