Bintang sensasi Paris Saint Germain, Neymar telah disahkan positif Koronavirus selepas kembali dari percutiannya di Ibiza.
Syarikat penerbitan Perancis, L’Equips telah mendedahkan bahawa ada tiga orang pemain dari pasukan PSG disahkan positif.
Ketiga-tiga pemain itu disahkan positif selepas menjalani saringan sebelum kembali berlatih bersama kelab.
Neymar is one of three PSG players who has tested positive for coronavirus
— Sky Sports News (@SkySportsNews) September 2, 2020
Dua lagi pemain yang lain itu berkemungkinan duo dari Argentina, Angel Di Maria dan Leandro Paredes.
Satu kenyataan rasmi dari kelab telah di keluarkan dan pihak kelab menyatakan:
“Tiga orang pemain sudah pasti di sahkan positif selepas menjalani sesi saringan dan kesemua mereka telah menjalani prosedur yang telah ditetapkan oleh pasukan kesihatan.”
“Kesemua pemain lain termasuk staff juga akan disaring semula beberapa hari lagi sebagai langkah keselamatan.”
Pemain PSG yang bukan dari Eropah telah diberi masa bercuti minggu ini selepas rakan sepasukan mereka yang berasal dari benua Eropah mempunyai tugasan untuk skuad kebangsaan masing-masing.
Neymar has tested positive for the coronavirus following a holiday to Ibiza, sources have confirmed to ESPN. pic.twitter.com/tzixGRoRIE
— SportsCenter (@SportsCenter) September 2, 2020
Para pemain dari benua Eropah mempunyai tugasan untuk negara masing-masing bagi menghadapi kejohanan Nations League yang akan berlangsung tidak lama lagi.
PSG turut mendapat cuti tambahan selepas kelab berjaya untuk mara ke perlawanan akhir liga Juara-juara bulan lalu.
PSG tewas kepada Bayern Munich dalam perlawanan akhir yang berkesudahan dengan keputusan 1-0 itu.
Kesemua pemain kini akan menjalani sesi kuarantin dalam jangka masa tujuh hari, yang mana mereka sebenarnya masih mempunyai waktu untuk persiapan menghadapi musim baharu Ligue 1.
Three @PSG_English players are confirmed positive after a Sars CoV2 test and have undergone the appropriate health protocols.
All players and staff will continue to be tested over the next few days.
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) September 2, 2020
Skuad kendalian Thomas Tuchel itu telah dijadualkan untuk bertemu Lens pada 10 September nanti dan kemudian mereka akan turun menghadapi seteru utama kelab, Marseille pada 13 September.
Pembukaan musim baru untuk saingan Ligue 1 telah terganggu dek kerana penularan wabak yang sedang teruk melanda dunia kini itu.
Perlawanan pembukaan saingan Ligue 1 akan menemukan antara Marseille menentang St Etienne, namun perlawanan itu terpaksa dibatalkan selepas empat pemain dari pasukan Marseille disahkan positif.
PSG telah ditabalkan sebagai Juara saingan Ligue 1 musim lalu selepas kempen liga dibatalkan pada April yang lalu.
PSG trio Neymar, Angel Di Maria and Leandro Paredes have all tested positive for COVID-19. pic.twitter.com/zObEatvHM6
— SPORTbible (@sportbible) September 2, 2020
Sementara itu, Neymar turut menafikan segala dakwaan yang menyatakan bahawa beliau akan meninggalkan kelab Paris itu pada musim panas ini.
“Saya akan kekal bersama PSG musim depan! Dan kami pastinya akan lebih bersemangat untuk kembali ke pentas liga Juara-juara dan tentunya kami mahu memenanginya kali ini.”
Jelas beliau kepada Daily Mail.
“Sekiranya orang meragui bahawa skuad PSG yang sekarang merupakan pasukan gergasi di benua Eropah, kesemua keraguan itu telah terkubur di Lisbon.”
Neymar Reportedly Tests Positive for COVID-19 After Ibiza Yacht Vacation https://t.co/yObWmg7ZiX
— TMZ (@TMZ) September 2, 2020
“Kami meninggalkan bandar ini dengan perasaan baru dan kami lebih yakin dengan kemampuan kami untuk memenanginya satu hari nanti dan menjadikannya sebagai sejarah hebat untuk kelab.”
“Saya suka cadangan untuk menulis nama saya dalam catatan sejarah sesebuah kelab yang saya wakili.”