Neymar Pamer Aksi Pemain Penyerang Bertaraf Dunia Ketika Bantu PSG Benam Bayern Munich

Rangkuman aksi Neymar bersama Paris Saint Germain ketika bertemu Bayern Munich membuktikan bahawa beliau masih lagi salah seorang pemain penyerang terhebat di dunia ini.

Bintang kebangsaan Brazil itu telah dilayangkan kad merah ketika aksi kekalahan 1-0 bertemu Lille pada hujung minggu lalu.

Ekoran dari itu, Neymar sepertinya terpaksa menanggung kritikan yang teruk dari para peminat.

Dengan membawa beban itu bersamanya, Neymar berjaya mempamerkan rentak persembahan yang sungguh luar biasa mengagumkan untuk PSG di Allianz Arena.

Bekas bintang Barcelona itu menjadi watak penting ketika membantu PSG menewaskan Bayern Munich dalam aksi leg pertama peringkat suku akhir saingan liga Juara-juara awal pagi tadi.

Beliau berjaya mencipta assists untuk gol pembukaan PSG yang dijaringkan oleh Kylian Mbappe sebelum melakukan hantaran silang yang super cantik untuk Marquinhos menggandakan kedudukan.

Β 

Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu berjaya mengasak kubu Bayern Munich sepanjang perlawanan ini dengan Mbappe menjadi jentera penyudah berbisa dan Neymar pula berjaya menjadi perancang yang sungguh berkesan untuk memastikan kemenangan milik PSG.

Pemain berusia 29 tahun itu bersinar dalam perlawanan yang dimainkan dalam keadaan penuh salji itu dan ia juga merupakan antara aksi terbaik beliau sepanjang kariernya bersama PSG.

Para peminat memberikan pujian yang menggunung atas aksi hebat yang dipamerkan oleh Neymar dan mereka turut berfikir bahawa, bintang Brazil itu merupakan pemain paling menarik untuk ditonton ketika sedang dalam rentak persembahan terbaiknya.

Bayern berjaya menghidupkan semula peluang mereka untuk bangkit dalam perlawanan ini selepas Eric Maxim Choupo Moting dan Thomas Muller menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan menjadi 2-2.

Walau bagaimanapun, Mbappe berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk PSG juga menerusi satu serangan pantas dengan melepaskan rembatan padu di sudut bawah sebelah kiri gawang Neur.

Kedua-dua pasukan akan dipertemukan semula minggu hadapan di Paris untuk aksi leg kedua dengan masing-masing berdepan masalah kecederaan pemain.

Leon Goretzka dan Niklas Sule terpaksa dikeluarkan pada aksi babak pertama sementara Marquinhos dan Angel Di Maria turut dikeluarkan atas masalah sama.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.