Neymar Dilayangkan Kad Kuning Kerana Menganjing Lawan

Pemain bola sepak paling mahal dalam sejarah bola sepak dunia, Neymar telah dilayangkan kad kuning kerana menganjing pasukan lawan dengan mempamerkan skil yang bukan-bukan.

Paris Saint-Germain telah menewaskan Montpellier dengan jaringan lima gol tanpa balas di liga petani Ligue 1, Perancis.

Gol PSG telah dijaringkan oleh Pablo Sarabia, Angel Di Maria, Daniel Congre, Kylian Mbappe dan Layvin Kurzawa.

Ketika kejadian PSG sedang mendahului Montpellier dengan satu gol dan pada ketika itu Neymar telah cuba melakukan satu detik ajaib.

Neymar telah melakukan satu rainbow flick ketika berdepan dengan dua pemain Montpellier di penjuru padang bagi melepaskan diri.

Namun cubaan Neymar itu telah berjaya dikeluarkan oleh pemain Montpellier selepas bola terkena kepala untuk lontaran ke dalam buat PSG.

Tidak berakhir di situ, Neymar meneruskan aksi menganjing dan menunjuk-nunjuk dengan satu sepakan palsu.

Menerima bola ketika berada di kawasan sendiri, Neymar seperti mahu melakukan satu sepakan ke atas namun semua itu dusta.

Selepas itu Neymar telah dikasari dan tanpa menunggu lama beliau telah berjaya melepasi pemain yang mengasarinya dengan penuh bergaya.

Pengadil perlawanan nyata tidak senang dengan perlakuan tidak sepatutnya dari Neymar yang berambut merah jambu seperti gula kapas itu.

Pengadil perlawanan, Jerome Brisard kemudian telah memberi amaran kepada Neymar dan Neymar tidak berpuas hati lalu di layangkan kad kuning.

Brisard telah melayangkan kad kuning kepada Neymar kerana tidak mempamerkan semangat kesukanan di padang.

Kad kuning itu telah nyata membuatkan Neymar marah dan mencetuskan ketegangan di terowong semasa rehat separuh masa pertama.

Neymar telah meluahkan kekecewaan beliau kepada Marco Veratti:

“Aku main bola dan beliau bagi aku kad kuning! Bagitau beliau, beliau tak boleh bagi aku kad kuning.”

Jerome Brisard yang mendengar luahan Neymar itu berkata:

“Sabar.”

Kemudian Neymar membalas:

“Sabar.. pungkok aku la!”

Neymar meluahkan dan memanjangkan lagi ketidakpuasan hatinya ke laman Instagramnya :

“Aku hanya mahu main bola sepak.”

Ekoran insiden ini jawatankuasa disiplin Ligue de Football Professionnel(LFP) akan bersidang bagi membicarakan perlakuan Nemyar ini.

Neymar dilaporkan akan menerima hukuman tambahan kerana insiden di terowong oleh Ligue de Football Professionnel(LFP).

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.