Newcastle Menandatangani Bekas Buruh Binaan Selepas Kagum Melihat Jaringan Lipatnya Ketika Sesi Percubaan

Tahun lalu beliau bekerja sebagai seorang buruh binaan, dan dalam masa sama beliau bermain bola sepak bersama Fraser Park FC di liga division keempat Australia.

Namun selepas berjaya menjaringkan gol lipat gulung ketika sesi ujian percubaan, Florent Indelacio secara rasminya telah menandatangani perjanjian jangka pendek bersama Newcastle United.

Kisah perjalanan Indelacio yang kini berusia 23 tahun untuk menjadi salah seorang pemain Newcastle sebenarnya agak mengagumkan.

Beliau sebelum ini telah beraksi dalam saingan Ligue 1 bersama Saint-Etienne, namun telah dilepaskan oleh kelab ketika beliau berusia 15 tahun.

Indelacio telah dilepaskan oleh kelab kerana mempunyai masalah disiplin yang sangat teruk. Selepas disingkirkan dari kelab, beliau berusaha untuk mencari kelab baru.

Namun selepas beberapa bulan usahanya menemui kegagalan, Indelacio telah mengemas pakaiannya dan berpindah ke Australia dan mendapatkan visa sebagai seorang buruh di sana.

Bekerja sebagai salah seorang buruh binaan di Australia, impian Indelacio untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional sepertinya sudah terkubur.

Namun, muncul sahabatnya Allan-Saint Maximin telah memberinya jalan untuk mengubah kehidupan beliau sepenuhnya.

Pemain sayap Perancis itu telah bercakap sendiri dengan Newcastle dan satu sesi ujian telah di atur untuk Indelacio.

β€œDia( Saint-Maximin) adalah seorang sahabat sebenar. Dia memberi saya peluang ini, dia bercakap sendiri dengan kelab tentang sesi percubaan itu.”

Bintang berusia 23 tahun itu memberitahu The Sydney Morning Herald.

Ianya merupakan kesempatan terakhir untuk Indelacio mempamerkan bakat hebatnya di atas padang dan beliau berjaya melakukannya dengan menjaringkan gol melalui gaya lipatan yang sungguh kemas.

β€œSaya sudah melakukan yang terbaik dan mereka juga telah menandatangani saya.”

Sambungnya lagi.

β€œSaya juga bercakap kepada kelab, ketika saya menandatangani kontrak, saya bukan menyertai Newcastle untuk suka-suka, bukan juga kerana saya mahu mempamerkannya di media sosial, saya seorang pemain yang profesional, saya mahu membuat duit dan saya tidak peduli. Tidak tidak tidak tidak.”

β€œSaya cintakan bola sepak, saya bermain dengan adanya matlamat. Sekiranya Newcastle mahu menandatangani saya secara percuma, saya akan bermain secara percuma. Ianya bukan masalah. Mereka tidak akan menyesal menandatangani saya, ianya kerana saya tahu saya akan membantu pasukan dan saya akan memberikan yang terbaik saya mampu.”

Ianya merupakan satu perubahan dan peluang yang sangat besar untuk pemain penyerang itu yang sebelum ini hanya bermain di saingan liga division keempat sahaja.

Bercakap tentang kesukaran, pemain berusia 23 tahun itu turut menyatakan bahawa beliau sama sekali tidak faham bahasa Inggeris ketika mula-mula tiba di Australia sebelum ini.

β€œSaya tidak pernah berbahasa Inggeris sebelum ini. Saya kemudiannya belajar bahasa Inggeris di tapak pembinaan dengan majikan dan semua pekerja buruh di sana.”

β€œSaya hanya mengikut mereka, bagaimana mereka bekerja, bagaimana mereka membancuh simen, bagaimana mereka mengangkat bata. Semua orang membantu saya. Ianya sangat memenatkan. Saya selalu menderita, badan saya sangat letih.”

β€œKetika saya bekerja di Australia dan ketika saya berada di Perancis, dan ketika saya melihat kawan-kawan saya berjaya menjadi pemain bola sepak profesional sedangkan saya tidak, saya sedih, tetapi hari ini saya sudah menjadi salah seorang pemain Newcastle dan saya sangat berbangga dengannya.”

β€œNewcastle merupakan kelab gergasi dan ianya peluang yang cukup sempurna untuk saya tetapi saya harus bermula dari bawah. Matlamat saya adalah untuk beraksi dengan baik bersama pasukan bawah 23 tahun Newcastle untuk membuktikan kemampuan saya untuk beraksi di pentas lebih besar.”

Perjalanan hidup Indelacio sebelum bergelas pemain bola sepak profesional bersama Newcastle sungguh berinspirasi.

Beliau juga mengakui bahawa beliau menyesal dengan sikapnya dahulu dan beliau sudah bersedia untuk bekerja lebih keras bersama Newcastle.

β€œSaya sangat menyesal dengan apa yang berlaku semasa saya kecil dahulu, percaya lah saya, saya sangat menyesal dengan semua yang terjadi sebelum saya menandatangani kontrak bersama Newcastle.”

Jelasnya lagi.

β€œEsok kami akan turun beraksi dan saya hanya mahu memberikan yang terbaik untuk kelab.”

Pengurus Newcastle, Steve Bruce mengakui bahawa mereka sudah membuat keputusan yang agak berani dalam menandatangani Indelacio yang akan beraksi bersama skuad bawah 23 tahun.

β€œSama ada ianya akan menjadi sangat bagus untuk dia bermain bersama Newcastle, kita akan lihat bagaimana perkembangannya.”

Jelas pengurus berusia 59 tahun itu.

β€œTapi kita akan berikan dia kesempatan, dia ada sesuatu dalam dirinya.”

β€œIanya secara tidak langsung membantu Allan, dia adalah sahabatnya. Tapi untuk lebih jelas lagi, kami bukan menandatangani dia hanya kerana dia sahabat Allan. Dia ada bakat tersendiri, jika tidak kami tidak akan menandatanganinya.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.