Newcastle United harus menbayar Tottenham £12.5 juta atau bersamaan dengan RM67 juta jika mahukan khidmat Pochettino pada bulan ini.
Namun demikian Pochettino boleh menyertai Newcastle tanpa sebarang kos selepas itu.
PCP Capital Partners, konsortium yang mewakili Public Investment Fund milik Arab Saudi semakin hampir untuk melengkapkan pengambilalihan Newcastle United bernilai £300 juta, bergantung kepada kelulusan Premier League.
Sumber kepada ESPN pada bulan lalu berkata pemilik baharu kelab mahu menggantikan Steve Bruce dengan pengurus berprofil tinggi dan Pochettino adalah calon pilihan utama.
Malah laporan turut berkata pemilik baharu Newcastle sanggup membayar sehingga £19 juta setahun untuk memastikan khidmat pengurus Argentina itu dan menjadikan beliau pengurus dengan pendapatan tertinggi dunia.
New boss for the Toon Army?
The word in the gossip columns is former Tottenham boss Mauricio Pochettino is the first choice for Newcastle's prospective new owners.
Latest gossip: https://t.co/YRrwj5Ijui pic.twitter.com/BKVQyhorey
— BBC Sport (@BBCSport) April 30, 2020
Pochettino dipecat oleh Spurs pada November lalu selepas lima tahun dan telah membayar pampasan sebanyak £12.5 juta kepada beliau.
Bagaimanapun sebagai sebahagian daripada perjanjian, terdapay klausa yang menyatakan mana-mana kelab yang mahukan Pochettino dalam tempoh enam bulan selepas pemecatan, maka pihak tersebut hatus menggantikan balik jumlah tersebut kepada Spurs.
Sumber mengatakan klausa tersebut akan tamat pada hujung bulan ini, bermakna Newcastle boleh mendapatkan Pochettino secara percuma jika mahukan beliau mulai mengandalikan The Magpies pada pertengahan Jun di mana saingan EPL dijangka disambung kembali.
Pochettino bagaimanapun belum menyuarakan sebarang hasrat untuk mengambil alih jawatan di Newcastle. Pengurus itu dikatakan masih memandang tinggi Tottenham, dan belum berfikir untuk mengurus mana-mana kelab EPL yang lain.