Nevillle Terkejut Dengan Kesilapan De Gea, Mourinho Sertai Sekali Nak Tengok

Semalam David De Gea melakukan kesilapan tidak berkarakteristik sebagai seorang penjaga gol yang memiliki reputasi yang tinggi di dunia.

David De Gea dibolosi dengan gol pertama, dengan cara yang mengejutkan.

Ismaila Sarr ‘mishit’ bola tersebut yang melantun dengan perlahan. Namun De Gea terlepas bola semudah itu.

Gary Neville tak mampu menyembunyikan kekecewaannya apabila melihat kesilapan De Gea itu. Ianya berlaku ketika temuramah dengan Jose Mourinho sebelum aksi Spurs menentang Chelsea.

Gary Neville memang dikenali dengan fanatik beliau kepad Man United sejak daripada kecil, sehinggalah menjadi pemain dan kini beliau sudah menjadi pundit.

Neville antara pundit yang lantang dalam ulasannya.

Semalam, Gary Neville secara separa sedar telah mengganggu temuramah sebelum perlawanan.

Jose Mourinho pula hanya tersenyum melihat telatah bekas kapten Manchester United itu. Ini kerana Mourinho faham kekecewaan Neville melihat pasukan kesayangannya.

Walaupun Neville sudah bergelar pundit namun ia bukan pemisah kepada kecintaannya kepada Man United.

Rakan Neville berseloroh menyuruh Mourinho mengulas tentang sikap ‘tidak profesional’ Neville yang mengganggu temu ramah tersebut kerana bising selepas menyaksikan kesilapan De Gea.

Mourinho sendiri meluangkan beberapa minit beliau untuk melihat aksi mengejutkan daripada penjaga gol berpendapatan paling tinggi di dunia itu.

Melihat reaksi Neville tersebut, Mourinho berkata: “Gary memang tidak boleh menyembunyikan hubungan beliau dengan United. Namun beliau seorang pundit yang sangat profesional.”

Mourinho kemudian menyertai Gary Neville untuk melihat semula ulang tayang kesilapan De Gea. Mourinho merupakan bekas pengurus Manchester United.

Kesemua mereka di bilik media ketika itu bersama sama menyaksikan kesilapan komedi De Gea. Dan semua mereka tergamam, seakan akan tidak percaya.

Manchester United tewas 2-0 di tangan pasukan tangga tercorot Watford. Meletakkan Man United kini 24 mata di belakang Liverpool di tangga teratas.

Gol Watford adalah menerusi Ismaila Sarr dan Troy Deeney.

Kedua-dua gol tersebut berpunca daripada kesilapan individu yang dilakukan oleh pemain Manchester United.

Man United berada di tangga ke-8 dan Watford kekal di tangga tercorot liga. Tetapi kemenangan ke atas Manchester United dianggap sebagai penting oleh pengurus mereka Nigel Pearson.

Pearson menyatakan kemenangan itu akan memberikan mereka motivasi untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Pastinya penyokong Man United berharap David De Gea dan pasukan mereka akan bangkit selepas ini.

Manchester United akan berhadapan dengan Newcastle United dalam aksi Boxing Day selepas ini.

Perlawanan akan berlangsung di Old Trafford, gelanggang keramat pasukan Setan Merah. United masih berusaha untuk menempatkan diri dalam slot 4 teratas. Mereka hanya dibezakan 7 mata daripada Chelsea yang berada di tangga keempat.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.