Bekas penjaga gol Liverpool yang kini bersama Aston Villa, Pepe Reina telah pulih sepenuhnya dari jangkitan wabak yang melanda dunia pada hari ini.
Beliau kini meneruskan isolasi seperti mana dilakukan hampir seluruh penduduk dunia pada hari ini.
Seperti kebanyakkan kita, Reina juga mungkin bosan berada di rumah. Pelbagai ragam juga dilakukan untuk membuang rasa bosan.
Selain daripada menghabiskan masa bersama keluarga, Reina turut merakam video untuk dikongsikan bersama peminatnya.
Salah satu daripadanya sememangnya melucukan.
View this post on InstagramA post shared by Pepe Reina (@preinaofficial) on
Reina dilihat seolah-olah meletakkan empat biji telur bersebelahan dalam satu garis lurus.
Ia diikuti oleh lagu ‘I want to break free’ nyanyian kumpulan Queen.
Saat Freddie Mercury mulai menyanyi, tiba-tiba salah satu dari telur tersebut mulai bergarak.
Rupa-rupanya ia adalah kepada Reina!
Reina memang terkenal dengan kepalanya yang botak sejak ketibaannya di Premier League berjaya menarik netizen dengan kandungan tersebut.
Bersama muat naik video itu, Reina menulis ‘kami masih di rumah, tapi selalu tersenyum’.